Isteri penyelam TLDM minta orang ramai tak buat spekulasi

Isteri penyelam TLDM minta orang ramai tak buat spekulasi

Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden membabitkan kematian Allahyarham Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa, yang meninggal dunia dalam operasi salvaj KD Pendekar di perairan Tanjung Penyusop semalam.

Isteri allahyarham menerusi hantaran di Facebook menggunakan nama akaun ‘Hanaa Ariana’ berkata, harapan itu dibuat kerana kejadian berkenaan masih dalam siasatan pihak berwajib.

“Saya sebagai isteri arwah meminta jangan ada pihak yang membuat sebarang andaian terhadap insiden yang berlaku kepada arwah suami saya.

“Justeru, insiden ini juga masih dalam siasatan, biarlah hanya pihak atasan dan juga kru yang bertugas pada masa itu yang mengetahui punca insiden dan sebagainya,” katanya.

Sehubungan itu dia berharap tidak ada pihak yang mengeluarkan spekulasi tidak benar dan tidak sahih mengenai insiden tersebut dan memahami keadaan yang dihadapinya ketika ini.

TLDM dalam kenyataan semalam memaklumkan jenazah anggota yang berkhidmat sebagai penyelam ranjau pasukan itu dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) berada di Hospital Sultan Ismail untuk proses bedah siasat.

Jenazah itu kemudian akan dibawa ke Lahad Datu, Sabah untuk dikebumikan.

KD Pendekar tenggelam semasa pelayaran operasi di perairan Tanjung Penyusop dan mengalami kebocoran dipecayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos.

Bagaimanapun, usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan semua 39 kru sebelum kapal itu ditenggelami air sepenuhnya. Mk

Isteri penyelam TLDM minta orang ramai tak buat spekulasi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker