Peniaga di Jalan Masjid India takut, rasa tak selamat
Peniaga di Jalan Masjid India takut, rasa tak selamat
Kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India hingga menyebabkan seorang wanita warga India terjatuh mendatangkan trauma dalam kalangan peniaga di kawasan ini.
Rata-rata orang ramai yang ditemui di sini mengakui insiden yang menimpa mangsa berkenaan menimbulkan rasa takut kepada mereka, memandangkan kejadian yang berlaku itu terjadi secara tiba-tiba.
Peniaga kedai stokin, Siti Aishah Dela Cruz Salvador, 44, berkata, dia mula berasa takut setiap kali untuk datang berniaga ke sini ditambah dengan insiden tanah mendap yang berlaku berhampiran kedainya awal pagi tadi.
“Kami pindah sini sejak 2019, sebelum ini tiada apa-apa yang berlaku. Ikutkan saya berdiri sekarang ini pun rasa lutut saya berketar tapi nak buat macam mana..
“Ini tempat saya mencari rezeki, jadi terpaksa beranikan diri juga untuk datang demi mencari sesuap nasi. Apa pun kita cuma harapkan pada Allah sahaja semoga dilindungi,” katanya.
Menurutnya, sejak insiden itu, jualan kedainya terjejas kerana kedatangan pengunjung merosot sebanyak 50 peratus terutama pelancong asing,” luahnya.
Kebimbangan sama turut disuarakan peniaga kedai baju, Nadiah Galib, 25, yang kerap kali menggunakan laluan pejalan kaki di Jalan Masjid India untuk pergi stesen LRT Masjid Jamek.
“Sebelum ini tiada insiden seperti ini, bila berlaku macam ini saya rasa takut dan tak selamat lagi nak lalu jalan kat depan tu, apatah lagi nak bukak kedai ni pun saya takut .
“Kalau dari segi kehadiran pengunjung memang merosot sangat dari jam 9.30 pagi hingga sekrang hanya dapat RM10 sahaja, ditambah berlaku tanah mendap depan kedai kami ini lagilah tiada orang,” luahnya.
Sementara itu, menurut peniaga kedai baju, Hasbi Idris, 67, pada bulan lepas tanah mendap pernah berlaku di hadapan Pondok Polis Masjid India namun berjaya diselesaikan segera oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Tak sangka lepas tanah mendap berlaku tanah jerlus macam sekarang ini.
“Sebagai peniga risau, pendapatan pun terjejas sebab laluan utama di hadapan Jalan Masjid India tidak boleh dilalui lagi oleh pelancong luar.
“Bila dah berlaku macam ini dengan tanah mendap pada jarak 50 meter dari kedai, kami memang terjejas. Hasil merosot berlaku kira-kira 60 peratus jugalah,” ujarnya.
Hasbi berharap pihak kerajaan terutama DBKL dapat menyelenggara dan membaiki dengan segera kejadian tanah mendap di sekitar Jalan Masjid India.
Sementara itu, Muhamzah Mohamad Wyme, 50, berkata, selama berniaga hampir 20 tahun, tidak pernah berlaku sebarang insiden tanah mendap di sini.
“Sepanjang saya berniaga di sini, tiada apa-apa kejadian seumpama ini berlaku, alhamdulilah kami berniaga dengan rasa gembira dan kebahagiaan.
“Tiada ada apa-apa masalah seperti banjir, tanah mendapat pun tiada, Alhamdulilah. Saya rasa kalau nak terlalu berjaga-jaga pun kita tak perlulah,” jelansya.
Sementara itu, tinjauan MG di sekitar kawasan ini termasuk lorong Jalan Tunku Abdul Rahman mendapati kehadiran pengunjung agak merosot berbanding sebelum ini.
Ditambah pula kejadian tanah mendap dikesan berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini sudah pasti menggusarkan orang ramai.
Kejadian mendapan itu dipercayai berlaku sekitar 2.30 pagi tadi susulan hujan lebat dan ribut pada malam tadi.
Bagaimanapun, tinjauan di lokasi mendapati kawasan itu telah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. MG
Baca Artikel Menarik:
- Hang Jebat lega pertelingkahan harta dengan Hang Tuah akhirnya selesai
- Presiden Majlis Profesor hadapi tujuh tuduhan pecah amanah
- Bayaran balik penuh jika penerbangan ditunda lebih 5 jam
- Tempoh perakuan sijil udara MAS dipotong kepada setahun
- Pelancong asing beri amaran berhati-hati melawat Malaysia
- Tak perlu hantar surat tunjuk sebab, Jailani jawab Rauf
- Maut terlanggar tayar lori bergolek di lebuh raya
- PROTON e.MAS 7 buat kemunculan pertama 31 Ogos ini
- Saya maki kaki troll, bukan masyarakat India – M Mythreyar
- Krisdayanti buat pusingan U
- Dajal dalam politik ketakutan Hadi
- Ebit Lew paksa mangsa ‘belanja’ gambar buah dada
- Anggota polis parah tertimbus ketika cubaan musnahkan bom [VIDEO]
- Arif Aiman buat kejutan, ziarah “Mickey” dikediaman
- ‘Dapat PA mulut tiada insurans memang hmm’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET