9 pelajar lelaki kena amang seksual, peniaga dicekup polis

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 13 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap sembilan pelajar lelaki sebuah kolej di Kuala Nerus.

Tertuduh, Muhd Khairul Azhar Ali, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiquddin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia antara 16 dan 17 tahun ketika kejadian.



Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di asrama sebuah kolej di Kuala Nerus antara Mac hingga November 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 8 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noradila Ab Latif.



Sementara itu, tertuduh turut berdepan dengan satu pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul di Mahkamah MajistretKuala Terengganu di sini hari ini.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Majistret Noor Mazrinie Mahmood membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib



Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker