Tetak lelaki sehingga mati, suspek keempat ditahan

Tetak lelaki sehingga mati, suspek keempat ditahan

JASIN: Seorang lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian tetak sehingga menyebabkan kematian pemandu jengkaut semalam ditahan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superitendan Ahmad Jamil Radzi, berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan polis kira-kira jam 11 malam di Jasin Bestari, di sini.



“Dengan tangkapan terbaru ini, ia menjadikan keseluruhan tangkapan seramai empat orang, mereka dipercayai terbabit dalam kejadian serangan yang berlaku.

“Suspek hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin bagi permohonan reman dan perintah reman dibenarkan selama tujuh hari ke atas suspek bermula hari ini sehingga 2 September depan,” katanya.

Ahmad Jamil berkata, usaha mengesan beberapa suspek yang lain masih giat dijalankan pasukan polis.

“Gerakan memburu beberapa lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu masih giat dilakukan.



“Daripada siasatan awal dilakukan, suspek dan mangsa saling mengenali bagaimana pun motif sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Media semalam melaporkan seorang pemandu jengkaut maut dipercayai ditetak sekumpulan lelaki bertopeng bersenjatakan parang di hadapan sebuah kedai gunting rambut, di Rim, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kumpulan lelaki terbabit turut mengejar mangsa yang dalam perjalanan Hospital Jasin bagi menerima rawatan.

Mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan. BH



Tetak lelaki sehingga mati, suspek keempat ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya



Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36



Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker