Hadi perlu kawal nafsu kotor

Hadi perlu kawal nafsu kotor

Tan Sri Abdul Hadi Awang diminta supaya mengawal nafsu kotor yang menguasai diri beliau, agar tidak bermaharajalela dengan mengeluarkan kata-kata berunsur kebencian atau menimbulkan provokatif yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu, Mohammad’ Irfan Mohd Halmi yang mengulas kenyataan Presiden Pas yang melabel UMNO sebagai Dajal kerana meneruskan agenda kebendaan bagi menegakkan kerajaan berkata, ini bukan kali pertama Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan sedemikian dan ia sudah keterlaluan kerana berlaku berulang kali.



“Kata-kata yang digunakan Presiden PAS, Abdul Hadi, jelas mengandungi banyak percanggahan dengan ajaran Islam, telah membangkitkan kemarahan ramai dan seolah-olah mahu mengapi-apikan masyarakat untuk turut sama mengeluarkan tohmahan terhadap mana-mana parti komponen yang berbeza wadah politik selain parti Pas.

“Trend pemimpin politik Pas hari ini sering menyalahgunakan isu agama dan kaum dengan menyempit ruang politik. Pas suka menghukum dan mengeluarkan dalil-dalil dan fatwa mengikut hawa nafsu terhadap sesama Islam dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan juga terhadap para pemimpin Islam dalam kerajaan yang memerintah negara ini sejak dahulu hingga sekarang.

“Tetapi tanpa Pas sedari, dalil-dalil dan fatwa pemimpin Pas selama ini jelas bertentangan dengan Islam dan banyak mengelirukan rakyat khususnya umat Islam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohammad’ Irfan berkata, Pas sebenarnya sebuah parti berfahaman nasionalis sahaja, perjuangan kononnya berlandaskan Islam tetapi itu hanya wadah sahaja.



Lantaran itu, Pas tidak boleh sewenang-wenang boleh menjatuhkan hukum wajib atau haram terhadap sesama Islam yang mempunyai ideologi politik yang berbeza pendapat selain partinya sahaja.

Beliau mendakwa, Pas dilihat lebih berpegang kepada falsafah Mechieville, iaitu matlamat menghalalkan cara yang menjadi amalan tradisi pemimpin, disebabkan itu parti ini sejak dahulu lagi mengunakan agama untuk kepentingan politik semata-mata.

“Apa yang Abdul Hadi tidak kata kepada umat Islam. Sejak 7 April 1981, Pas menerusi cetusan amanat-amanat dan ucapan-ucapan pentas politik telah mengkafirkan masyarakat umat Islam yang menyokong UMNO-BN kerana berbeza wadah politik.

“Presiden Pas pernah mengharamkan ahli-ahlinya menyokong UMNO-BN sampai kiamat dan wajib sokong DAP. Pernah berlaku juga, solat pun ada dua imam dan sembelihan oleh orang UMNO pun haram dimakan kerana pemimpin Pas anggap orang UMNO ini kafir.



“Semua ini memberi gambaran jelas kepada rakyat bahawa Pas adalah parti yang suka membawa elemen perpecahan dan khilafiah. Pas adalah parti yang suka memecah-belah dengan menggunakan retorik kaum dan agama. Mereka pecah belahkan keluarga, pecah belah masyarakat, dan pecah belah negara.

“Pas sanggup membiarkan negara rosak dan huru-hara, asalkan ia memberi keuntungan politik kepadanya. Oleh itu, dalam keghairahan menghentam UMNO, maka keluarlah macam-macam dalil-dalil dan fatwa politik bagi menghasut dan mengalihkan perhatian masyarakat,” hujahnya lagi.

Mohammad’ Irfan menasihatkan supaya Pemuda Pas Malaysia agar dapat menasihati dan membimbing pemimpin-pemimpin parti berkenaan khususnya Abdul Hadi Awang untuk tidak terlalu rasis atau rasisme dalam berpolitik dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan.

Bukannya bersikap hipokrit, memesongkan fakta, mengalih isu, menutup penyelewengan pemimpin-pemimpin yang terkait kes mahkahmah semasa berada di dalam kerajaan malah ‘dihalalkan’, ujar beliau. MG



Hadi perlu kawal nafsu kotor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya



Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36



Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker