Umno perlu pemimpin boleh wujud kepercayaan pengundi – Johari

Umno perlu pemimpin boleh wujud kepercayaan pengundi – Johari

Umno perlu melahirkan ramai pemimpin yang boleh mewujudkan kepercayaan pengundi dalam berdepan dinamik politik kini, kata Johari Abdul Ghani.

Naib presiden Umno berkata, Presiden Zahid Hamidi dalam ucapan dasar menekankan ahli perlu menerima hakikat sukar mendapat kedudukan mutlak dalam kerajaan pasca PRU15, walaupun parti itu diakui berjasa mencapai kemerdekaan dan membangunkan negara.



Dalam konteks itu, katanya, Umno perlu mengubah cara termasuk menerima perubahan dinamik dan hakikat keperluan bekerjasama dengan parti lain.

“Apa yang perlu ditekankan, Umno kena melahirkan ramai pemimpin yang boleh memberi atau mewujudkan kepercayaan pengundi.

“Bukan semua orang nak masuk Umno, walaupun parti ini besar dan mempunyai 3.4 juta ahli, tidak semestinya boleh menjadi dominan.

Kita kena ubah cara kita dan kena boleh kerjasama dengan parti lain untuk membangunkan balik negara pada masa depan, katanya ketika ditemui selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).



Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden, Khaled Nordin berkata, pimpinan dan ahli Umno perlu bekerja keras jika mahu melihat parti menjadi dominan semula seperti sebelum ini.

Umno akan bertanding banyak kerusi dan mengharapkan Umno berjaya, tentu kita tak hanya tanding 30 kerusi, katanya.

Tentunya dalam pembahagian kerusi kita akan bertanding di banyak kerusi lain dan harapan kita, kita kena kerja kuat untuk menang.

Mengulas usul terbanyak diterima daripada bahagian untuk menuntut keadilan dan pengampunan penuh bekas presiden Najib Razak, Khaled berkata, ini membuktikan parti itu tidak lupa jasa pemimpin lama.



“Umno tetap berpendirian Najib tidak mendapat keadilan sewajarnya, jadi sebab itulah Umno kekal dengan pendirian agar keadilan sebenarnya diberikan.

Maknanya kita masih berusaha (menegakkan keadilan untuk Najib), katanya menambah, tidak wajar mana-mana pihak menidakkan hak Umno bersuara dalam perkara itu. FMT

Umno perlu pemimpin boleh wujud kepercayaan pengundi – Johari

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker