Dafi tak sentap dibahan netizen

Netizen yang memetik namanya sebagai wakil Malaysia ke Olimpik LA 2028 dalam acara breakdance.

Dafi tak sentap dibahan netizen

Dicadangkan mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 bagi kategori Breakdance, penyanyi Dafi Ismail Sabri tidak berkecil hati sebaliknya menganggap itu hanya usikan nakal netizen.

Dafi atau nama lengkapnya Gadaffi Ismail, 36, berkata, gurauan yang tular dalam media sosial itu secara tidak langsung menunjukkan masih ramai orang mengingati dirinya sebagai penggiat seni.



“Saya tahu video saya menari yang saya kongsikan ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ‘dibahan’ apabila tiba-tiba ramai individu mencadangkan saya dihantar ke Sukan Olimpik LA musim depan.

“Itu pun kawan yang beritahu nama saya disebut-sebut gara-gara persembahan unik wakil Australia dalam kategori Breakdance, baru-baru ini.

“Saya tak sentap pun. Itu cuma gurauan. Saya tak kisah orang ‘menganjing’. Bagi saya publisiti buruk juga adalah publisiti. Selagi mereka masih ingat dan sebut nama saya, saya okey sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dafi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai komen netizen yang memintanya mewakili Malaysia untuk Sukan Olimpik di Los Angeles untuk 2028.



Peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) musim kelima itu memahami sebagai anak seni dia tidak boleh cepat terasa hati apatah lagi sebelum ini sudah berdepan banyak kecaman lagi teruk.

“Bagi saya sebagai orang yang masuk ke dalam industri hiburan, kita tidak boleh terlalu sensitif dengan menganggap sesuatu perkara sebagai hal negatif.

“Saya sendiri pun kongsikan komen melucukan itu kepada keluarga. Mereka pun sama-sama tergelak besar.

“Mana tahu hasrat netizen termakbul. Lagi dua tahun saya baru cecah 38, sempat lagi wakili negara dalam tarian breakdance,” ujarnya.



Menurut Dafi, gurauan tersebut juga memberi idea kepadanya untuk membuat kejutan sempena pelancaran single terbaharu bertajuk Hellooo! ciptaan Altimet dan lirik oleh Shazee Ishak

“Saya memang minat menari. Sekarang saya tengah fikir sesuatu untuk persembahan saya nanti lebih menarik, lebih-lebih lagi dengan kemunculan Hellooo!,” jelasnya.

Terdahulu, Dafi menerbitkan single terbaharu bertajuk Hellooo! minggu lalu selepas lapan tahun tidak mengeluarkan sebarang produk.

Kali terakhir, penyanyi yang aktif berlakon itu mengeluarkan single adalah pada 2016 iaitu Girl serta Sempurna. K Online



Dafi tak sentap dibahan netizen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?



‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar



Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker