Wanita jatuh laut selepas diserang sawan

Wanita jatuh laut selepas diserang sawan

SANDAKAN: Seorang wanita berjaya diselamatkan selepas terjatuh ke laut melalui lubang lantai rumahnya di perkampungan atas air di Jalan Buli Sim-Sim Jambatan 23, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi, wanita berusia 34 tahun itu dikatakan mengalami penyakit sawan sebelum terjatuh ke dalam air di bawah rumahnya.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 10.24 pagi sebelum menggerakkan seramai 11 anggota dan pegawai bersama tiga jentera ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat seorang wanita dipercayai mengalami sakit sawan jatuh ke dalam air melalui lubang lantai rumahnya.

“Bagaimanapun, mangsa berjaya diangkat oleh keluarganya sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba bertindak membantu membawa naik mangsa ke daratan bersama penduduk kampung.



Katanya, mangsa yang separa sedar itu diberikan rawatan awal oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dihantar ke Hospital Sandakan. BH

Wanita jatuh laut selepas diserang sawan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker