Umno akan guna logo BN pada PRU16 – Zahid

Umno akan guna logo BN pada PRU16 – Zahid

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata kesemua calon daripada parti itu akan bertanding menggunakan logo “dacing” iaitu BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Bagaimanapun, pengerusi BN itu berkata Umno akan meneruskan kerjasama dengan kesemua 18 parti yang kini membentuk kerajaan pusat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.



“Dalam tempoh tidak lebih daripada tiga tahun kita akan menghadapi PRU ke-16.

“Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan kepimpinan dan ahli di akar umbi bahawa dalam pilihan raya yang akan datang kita harus menggunakan lambang (logo) dacing Barisan Nasional (BN).

“Namun kita tidak menolak kolabrasi dengan 18 parti dalam Kerajaan Perpaduan supaya tidak berlaku pertindihan (kerusi),” katanya pada sidang media pada hari pertama Perhimpunan Agung Umno 2024 di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid berkata kerjasama itu akan diteruskan bagi mendapatkan sokongan pengundi dan menegaskan ia perlu dilakukan mulai sekarang kerana mahu keserasian itu bukan hanya wujud ketika pilihan raya.



Zahid yang sebelum itu menyampaikan taklimat presiden kepada perwakilan daripada semua bahagian Umno berkata tumpuan bagi menghadapi PRU16 adalah salah satu daripada lima garis utama yang diketengahkannya.

Sementara itu, Ahmad Zahid menggesa kepemimpinan Umno di semua peringkat merenung kembali kemenangan parti itu pada PRK Nenggiri baru-baru ini apabila berjaya merampas semula kerusi berkenaan daripada Bersatu.

“Jika ada telahan bahawa Umno ini tidak lagi relevan ataupun ditolak orang Melayu, jelas kemenangan ini memberikan satu nada baru dalam perjuangan kepimpinan Umno di semua peringkat,” ujarnya.

Zahid menambah, sekiranya berlaku pilihan raya kecil (PRK) atau pilihan raya negeri (PRN), pendekatan yang digunakan perlu berbeza mengikut landskap politik setempat.



Ketika PRK DUN Nenggiri baru-baru ini, BN tidak menggalakkan parti-parti daripada PH khususnya DAP turun berkempen bagi membantu calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Perhimpunan Agung Umno 2024 bermula hari ini dan berakhir pada Sabtu. Mk

Umno akan guna logo BN pada PRU16 – Zahid

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker