Tumpu kelapa sawit agar tidak senasib koko dan getah – Johari

Tumpu kelapa sawit agar tidak senasib koko dan getah – Johari

Kuala Lumpur: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendedahkan bahawa beliau banyak memberi tumpuan kepada kelapa sawit bagi memastikan ia tidak senasib dengan industri getah dan koko.

Beliau turut memberi contoh negara ini pada masa dahulu merupakan pengeluar utama getah di dunia berbanding kini menjadi pengimport.

“Oleh kerana kita tak jaga getah ini, hari ini kita menjadi salah sebuah negara pengimport getah terbesar.

“Tiap-tiap tahun kerajaan terpaksa import RM6 bilion getah asli untuk diberikan kepada industri menghasilkan semua produk berasaskan getah.

“Dulu kita pengeksport getah asli, sekarang ini kita jadi pengimport getah asli,” katanya semasa berucap dalam slot PENTALK di Perhimpunan Agung Umno 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Mengulas lanjut, Johari yang juga merupakan Naib Presiden Umno berkata, perkara ini berlaku disebabkan kebanyakan ladang getah sedia ada tidak ditoreh dan tidak dipantau oleh pihak terlibat.

“Maka akhirnya daripada 1.1 juta tan metrik getah asli kita keluarkan, sekarang hanya tinggal 380,000 tan metrik.

“Dalam masa yang begitu panjang, tidak ada orang tengok soal ini. Soal dari segi klon, dari segi pekerja, dari segi macam mana kita menguruskan ladang-ladang ini dengan cara skala besar yang akhirnya kita menjadi pengimport,” katanya.

Beliau turut memberikan contoh sebuah lagi komoditi yang mengalami nasib sama iaitu industri koko.

“Koko dulu, banyak syarikat dari luar datang ke negara kita membuat industri makanan yang melibatkan koko kerana kita mengeluarkan 300,000 tan metrik koko,” katanya.

Katanya, daripada 300,000 tan metrik itu dahulu, kini ia telah berkurangan.

“Tadi getah RM6 bilion, ini koko RM7.8 billion. Kerana apa? Kerana industri berkembang begitu besar, nak perlukan koko, tapi koko tak ada,” katanya. HM

Tumpu kelapa sawit agar tidak senasib koko dan getah – Johari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker