Anggota penguat kuasa antara dalang seludup masuk warga asing di KLIA 2

Anggota penguat kuasa antara dalang seludup masuk warga asing di KLIA 2

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan sindiket menyeludup warga asing melalui pintu masuk negara tanpa pemeriksaan pihak berkuasa, dipercayai turut didalangi beberapa individu sebuah agensi penguat kuasa.

Sindiket berkenaan dipercayai didalangi beberapa penguat kuasa sebuah agensi yang bertugas di pintu masuk negara, menjadi tali barut bagi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan menerusi modus operandi ‘counter setting’.



Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kegiatan sindiket terbabit terbongkar selepas pihaknya menahan 12 individu membabitkan sembilan lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20-an hingga 50-an menerusi ‘Op Pump’ di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan hari ini.

Katanya, mereka yang ditahan membabitkan empat pemilik syarikat dan tiga orang awam dipercayai mempunyai peranan masing-masing bagi menguruskan kemasukan warga asing serta lima penguat kuasa bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

“Tangkapan yang dilakukan ini adalah susulan risikan dijalankan SPRM sejak tahun 2022 terhadap kegiatan sindiket ini yang bersekongkol dengan pegawai sebuah agensi penguat kuasa.

“Sindiket ini dipercayai meraih keuntungan jutaan ringgit dan siasatan dijalankan mengesan terdapat kemasukan wang berjumlah lebih RM4 juta dari tahun 2022 hingga 2024 dipercayai bagi urusan kemasukan warga asing yang turut diagihkan kepada penguat kuasa terbabit,” katanya menerusi kenyataan.



Azam berkata, modus operandi kegiatan sindiket terbabit adalah membuat ‘counter setting’ iaitu bersekongkol dengan penguat kuasa di pintu masuk negara yang sedia menunggu di beberapa kaunter tertentu bagi memudahkan kemasukan kumpulan warga asing berkenaan.

Katanya, kumpulan warga asing yang ingin masuk ke negara ini akan menghubungi ejen yang bertindak menguruskan tiket penerbangan termasuk urusan dengan penguat kuasa terbabit.

“Ejen akan memberikan maklumat kumpulan warga asing terbabit kepada penguat kuasa yang sudah menunggu di kaunter tertentu dan pada masa sama memaklumkan kepada warga asing itu untuk pergi ke kaunter ditetapkan sebaik tiba di negara ini bagi membolehkan mereka dilepaskan tanpa melalui pemeriksaan yang sepatutnya.

“Sebaik melepasi kaunter khas berkenaan, kumpulan warga asing terbabit akan diambil oleh wakil ejen yang berperanan membawa mereka keluar ke destinasi tertentu,” katanya.



Beliau berkata, warga asing terbabit sepatutnya melalui pemeriksaan berdasarkan Pekeliling Imigresen Bilangan 4 Tahun 2021 iaitu mereka perlu mengemukakan pasport atau dokumen yang sah, mempunyai visa, mempunyai tiket perjalanan pergi balik yang sah, mempunyai wang sara diri mencukupi sepanjang berada di negara, perlu menunjukkan alamat penginapan atau tempahan hotel.

Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi proses permohonan reman esok. HM

Anggota penguat kuasa antara dalang seludup masuk warga asing di KLIA 2

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker