‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Seorang pemancing mengalami peristiwa seram terdengar suara ghaib selepas dia membawa pulang ikan haruan berbentuk U, hasil pancing yang diperolehi dari Tasik Bera, Pahang.

Perkongsian kisah misteri itu diceritakan oleh seorang pengguna TikTok, Daud Yatim mengenai pengalaman sahabatnya yang juga seorang kaki pancing.



“Kawan saya kaki pancing dan dia dari Alor Gajah, Melaka bergerak tiga jam ke Bera, Pahang untuk memancing di Tasik Bera. Dia memang sudah lama memancing di situ.

“Tiba-tiba hari tu paling banyak dia dapat ikan yang mana semuanya haruan. Ada seekor ikan haruan berbentuk U. Dia bawa balik naik motosikal dan sampai rumah, kesemua ikan dimasukkan ke dalam aquarium,” katanya pada video tersebut.

Daud berkata, bagaimanapun, kesemua ikan haruan itu mati, manakala hanya seekor yang hidup iaitu ikan berbentuk U.

“Seorang anak saudaranya beritahu, ada satu ikan yang hidup, tapi matanya bergerak-gerak. Tak banyak cerita, dia pun siang kesemua ikan yang dah mati, bersihkan dan simpan di dalam peti ais.



“Bagaimanapun semasa mahu tidur, dia terasa gegendang telinga macam ada ketukan dan ada suara, ‘kau pulangkan ikan berbentuk U ke tempat asal Tasik Bera’,” katanya.

Daud berkata, rakannya ketakutan dan segera ke tempat tersebut dengan membawa ikan haruan berbentuk U tersebut.

“Sampai ke sana, dia nak lempar ikan masuk ke sungai, tapi dia jatuh. Bersekali ikan itu masuk ke dalan sungai. Dia tak sedar, esok pagi barulah dia sedar.

“Kemudian ada seorang lelaki beritahu dia, ‘kenapa kau ambil ikan itu?’. Lepas tu rakan saya ini rasa badan panas dan selepas itu, orang tersebut berlalu pergi,” ujarnya. K Online



‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu



Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)

‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)



Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker