Morocco pengeluar kanabis sah terbesar dunia

Raja Morocco beri pengampunan kepada lebih 4,800 penanam kanabis haram

Morocco pengeluar kanabis sah terbesar dunia

RABAT- Raja Morocco Raja Mohammed VI mengampunkan lebih 4,800 pekebun yang didakwa menanam kanabis secara haram.

Kementerian Keadilan dalam kenyataan berkata, raja telah memberi pengampunan kepada 4,831 pesalah, tertuduh dan individu dikehendaki yang mempunyai kaitan dengan kes-kes penanaman kanabis.



Pengumuman itu dibuat sempena cuti hari kebangsaan pada Selasa.

Menurut kementerian itu lagi, pengampunan itu bertujuan untuk membolehkan semua pihak terlibat menyertai strategi baharu.

Morocco katanya, telah menubuhkan sebuah agensi khusus ANRAC untuk menstruktur penanaman dan eksport kanabis bagi tujuan perubatan, farmaseutikal dan industri.

Agensi itu telah pun mengeluarkan lebih 200 permit pemproses kanabis, mengimport benihnya dan mengeksport produk.



Untuk rekod, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Morocco merupakan pengeluar kanabis terbesar dunia.

Negara itu meluluskan undang-undang bagi pengeluaran dan penggunaan kanabis untuk perubatan pada 2021.

Ia juga membenarkan penanaman di wilayah-wilayah pendalaman di timur laut wilayah Rif.

Dalam usaha membasmi penyeludupan haram, Morocco meletakkan negara itu sebagai pengeluar kanabis sah mengikut undang-undang bagi pasaran global.



Menurut anggaran rasmi, penanaman kanabis di wilayah Rif sejak berabad lalu telah memberi kehidupan kepada lebih 80,000 ke 120,000 keluar pada 2019. AFP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu



Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)

‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)



Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker