Disangka hilang rupanya terperangkap dalam lif selama 9 jam

Disangka hilang rupanya terperangkap dalam lif selama 9 jam

DUA kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sejak petang semalam selepas keluar dari rumah di Flat Desa Petaling, Cheras, ditemui terperangkap di dalam lif selama sembilan jam.

Muhammad Faiq Adiwira,11, dan Muhammad Harith Absyar,10, dilaporkan telah keluar rumah pada pukul 2 petang untuk membeli pau namun didapati tidak pulang ke rumah meskipun sudah larut malam.



Dua kanak-kanak itu kemudian ditemui terperangkap dan tertidur di dalam lif apartmen yang sedang diselenggara sebelum ditemui pada pukul 1 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, dua kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Terdapat dua laporan polis dibuat berhubung kehilangan dua kanak-kanak terbabit oleh waris mereka petang semalam,” katanya.

Sementara itu berdasarkan maklumat penduduk kediaman berkenaan, kanak-kanak terbabit sudah meminta bantuan sehingga keletihan dan tertidur. utv



Disangka hilang rupanya terperangkap dalam lif selama 9 jam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu



Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)

‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)



Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker