Gaduh dengan isteri, lelaki nekad terjun Jambatan P. Pinang
Gaduh dengan isteri, lelaki nekad terjun Jambatan P. Pinang
GEORGE TOWN – Perselisihan faham dengan isteri dipercayai punca seorang lelaki nekad bertindak terjun di Kilometer 7.4 Jambatan Pulau Pinang di sini hari ini.
Bagaimanapun, cubaan lelaki tempatan berusia 30-an itu berjaya digagalkan selepas dia dipujuk rakannya dalam kejadian pukul 2.40 pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Fauzian Izzuan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 2.48 pagi sebelum 10 anggota bergegas ke lokasi.
“Sebaik tiba, kita dapati mangsa sedang ditenangkan rakannya di bahu jalan jambatan terbabit.
Anggota bomba menyerahkan lelaki tersebut kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Rakan lelaki itu mendakwa dia menghubungi pasukan penyelamat susulan mangsa hampir terjatuh dari jambatan sebelum berjaya dipujuk.
“Lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.
Difahamkan, mangsa berasal dari Johor dan bekerja di Pulau Pinang. MG
Gaduh dengan isteri, lelaki nekad terjun Jambatan P. Pinang
Baca Artikel Menarik:
- Mirzan dan Mokhzani diberi lanjutan akhir isytihar aset
- PAU 2024: Umno tak jemput pemimpin parti kerajaan perpaduan
- Lindungi premis haram, Timbalan Pengarah bersama 5 penguat kuasa PBT didakwa esok
- Anwar tak faham perdagangan – Azmin
- Paderi ditahan disyaki cabul remaja 13 tahun
- Amuk bawa pisau di stesen KTMB, lelaki ditahan
- Tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
- Wajib bantah keputusan KDN batal larangan komik Hew – Puad
- Mencuri bersama, kena kejar, suami lari tinggal isteri
- Bakal pengantin tertipu, dewan kosong, pelamin tak siap
- Hang Tuah kalah kes mahkamah terhadap Hang Jebat
- Bapa saudara maut ditikam anak saudara
- Zawawi akan saman Takiyuddin
- Wan Fayhsal ketagih perhatian – Fahmi
- Dakwaan anak saya seludup RM2 juta berita palsu – Guan Eng
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nora diceraikan suami menerusi rakaman video