Jangan lusa harga barang naik ikut gaji penjawat awam
Jangan lusa harga barang naik ikut gaji penjawat awam
“Jangan terkejut lepas gaji penjawat awam dinaikkan, harga barang, makanan, goreng pisang tepi jalan pun akan bertambah mahal. Semua nak ambil kesempatan”.
Demikian antara reaksi orang ramai di ruangan komen laporan Kosmo! berhubung artikel bertajuk “Esok hari bahagia 1.6 juta penjawat awam” yang dikongsikan di Instagram Kosmo! Online hari ini.
Rata-ratanya seperti dapat meneka dengan membuat andaian akan ada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga jualan sesuka hati ekoran kenaikan kadar gaji baharu penjawat awam.
“Esok gaji pekerja kerajaan naik, jangan pula lusa harga barang yang bertambah mahal, goreng pisang Mak Esah pun jadi dua keping RM1,” katanya Shahrul.
“Tahniah orang ‘gomen’ dapat naik gaji, yang swasta ini mampu tengok sahaja. Tapi mak cik-mak cik gerai tepi jalan naik harga tak ada pula kenakan untuk geng gomen sahaja, kesian yang swasta, gaji tak naik tapi kena bayar harga barang yang makin naik,” seloroh Abdullah.
“Harap pihak kerajaan dapat pantau kedai-kedai, pasar raya supaya tiada yang ambil kesempatan naikkan harga barang susulan gaji penjawat awam naik,” pesan Nur Hayati.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan esok bakal menjadi hari bahagia buat lebih 1.6 juta penjawat awam apabila pengumuman yang ditunggu-tunggu selama ini mengenai kenaikan gaji akan dibuat Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Setiap penjawat awam sebelum ini mendapat gambaran umum peningkatan gaji masing-masing yang dijangka bermula 15 hingga 42.7 peratus, namun esok mereka sudah boleh membuat kiraan kadar gaji baharu. K Online
Jangan lusa harga barang naik ikut gaji penjawat awam
Baca Artikel Menarik:
- Mirzan dan Mokhzani diberi lanjutan akhir isytihar aset
- PAU 2024: Umno tak jemput pemimpin parti kerajaan perpaduan
- Lindungi premis haram, Timbalan Pengarah bersama 5 penguat kuasa PBT didakwa esok
- Anwar tak faham perdagangan – Azmin
- Paderi ditahan disyaki cabul remaja 13 tahun
- Amuk bawa pisau di stesen KTMB, lelaki ditahan
- Tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
- Wajib bantah keputusan KDN batal larangan komik Hew – Puad
- Mencuri bersama, kena kejar, suami lari tinggal isteri
- Bakal pengantin tertipu, dewan kosong, pelamin tak siap
- Hang Tuah kalah kes mahkamah terhadap Hang Jebat
- Bapa saudara maut ditikam anak saudara
- Zawawi akan saman Takiyuddin
- Wan Fayhsal ketagih perhatian – Fahmi
- Dakwaan anak saya seludup RM2 juta berita palsu – Guan Eng
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nora diceraikan suami menerusi rakaman video