2 pelajar IPT didakwa cabul remaja 14 tahun dalam kereta
2 pelajar IPT didakwa cabul remaja 14 tahun dalam kereta
KOTA BHARU – Dua penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini masing-masing atas satu pertuduhan merogol dan mencabul seorang remaja berusia 14 tahun yang baru dikenali mereka melalui media sosial di dalam sebuah kereta pada minggu lalu.
Kedua-dua tertuduh yang berusia 19 tahun iaitu, Nurhafiz Khairy Mohd. Sakri dan rakannya, Muhammad Aniq Muqhriz Masron bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, Nurhafiz Khairy didakwa merogol seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun 10 bulan ketika kejadian tanpa kerelaannya dari Jalan Pasir Hor ke Jalan Sultan Yahya Petra di sini kira-kira pukul 9.10 malam pada 6 Ogos lalu.
Dalam prosiding berasingan, Muhammad Aniq didakwa dengan maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal kepada mangsa sama.
Perbuatan itu dilakukan dari Persimpangan Taman Maju ke Jalan Tanjung Chat di sini kira-kira pukul 9.30 malam pada hari yang sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan manakala Nurhafiz Khairy diwakili peguam, Muhammad Fariduddin Mat Noor dan peguam, Muhammad Zulfaqar Al Basysyar Saharrudin pula mewakili Muhammad Aniq.
Terdahulu, Siti Edabayu tidak menawarkan jaminan memandangkan tertuduh merupakan remaja bawah umur dan jenayah terbabit melibatkan perlakuan seksual terhadap mangsa.
Muhammad Zulfaqar kemudian memohon ikat jamin dengan alasan anak guamnya berasal daripada keluarga susah dan pertuduhan yang dihadapi Muhammad Aniq perlu diuji kebenaran menerusi perbicaraan penuh di mahkamah.
Mahkamah membenarkan jaminan RM12,000 untuk setiap tertuduh masing-masing dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat tambahan iaitu tidak menggangu mangsa dan saksi pendakwaan. K Online
2 pelajar IPT didakwa cabul remaja 14 tahun dalam kereta
Baca Artikel Menarik:
- Mirzan dan Mokhzani diberi lanjutan akhir isytihar aset
- PAU 2024: Umno tak jemput pemimpin parti kerajaan perpaduan
- Lindungi premis haram, Timbalan Pengarah bersama 5 penguat kuasa PBT didakwa esok
- Anwar tak faham perdagangan – Azmin
- Paderi ditahan disyaki cabul remaja 13 tahun
- Amuk bawa pisau di stesen KTMB, lelaki ditahan
- Tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
- Wajib bantah keputusan KDN batal larangan komik Hew – Puad
- Mencuri bersama, kena kejar, suami lari tinggal isteri
- Bakal pengantin tertipu, dewan kosong, pelamin tak siap
- Hang Tuah kalah kes mahkamah terhadap Hang Jebat
- Bapa saudara maut ditikam anak saudara
- Zawawi akan saman Takiyuddin
- Wan Fayhsal ketagih perhatian – Fahmi
- Dakwaan anak saya seludup RM2 juta berita palsu – Guan Eng
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh