Tanah Kesedar milik pusat, bukan Kelantan

Tanah Kesedar milik pusat, bukan Kelantan

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, sekali lagi mengulangi penegasannya bahawa isu tanah peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) adalah di bawah bidang pusat.

Katanya oleh sebab itu adalah tidak benar dakwaan Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, bahawa isu tanah peneroka Kesedar hanya boleh diselesaikan kerajaan negeri.

“Saya ingin balas tuduhan yang mengatakan bahawa tanah milikan Kesedar adalah tanah yang dimiliki oleh kerajaan Kelantan.

“Pada hakikatnya kita tahu bahawa Kanun Tanah Negara menyatakan, mana-mana tanah yang telah dibayar premium geran tanahnya di bawah Kesedar, ia adalah milik Kesedar,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata demikian kepada media di Jeram Tekoh, Gua Musang, hari ini. Mk

Tanah Kesedar milik pusat, bukan Kelantan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor masak, pramugari hidang

Mamat enggan cari gaduh dengan Jep

Oh My English satu sumpahan – Zain

Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker