Mat rempit masuk pukat Polis Trafik di Lebuhraya BORR
Mat rempit masuk pukat Polis Trafik di Lebuhraya BORR
BUTTERWORTH: Puluhan ‘mat rempit’ terpaksa menolak motosikal masing-masing sejauh kira-kira tiga kilometer, dari Plaza Tol Bagan Ajam ke Balai Polis Butterworth, selepas ditahan menunggang secara bahaya dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata polis terus giat menjalankan operasi dalam usaha menggempur mat rempit dan aktiviti samseng jalanan.
Beliau berkata, dalam operasi yang dilaksanakan itu, sebanyak 48 motosikal disita, manakala 195 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan
“Operasi ini diadakan bermula jam 5 petang semalam membabitkan 34 anggota polis dan pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPDT) Polis Pulau Pinang dan BSPDT Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara serta Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) negeri.
“Sebanyak 67 motosikal diperiksa dalam operasi ini sebelum 48 daripadanya disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sebanyak 195 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya,” katanya.
Hamzah mengingatkan pengguna jalan raya, khususnya golongan remaja supaya tidak terlibat dalam aktiviti lumba haram atau sebarang aktiviti samseng jalanan yang mengancam nyawa sendiri dan orang lain
“Polis komited membanteras aktiviti samseng jalanan bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya,” katanya.
Minggu lalu, media melaporkan sekumpulan penunggang motosikal dikesan menunggang secara melawan arus di BORR Bagan Ajam, di sini hingga video memaparkan perbuatan mereka tular di media sosial.
Tindakan itu dipercayai dilakukan bagi mengelak diri dari ditahan polis yang mengadakan Op Samseng Jalanan berhampiran plaza tol dekat BORR terbabit. BH
Mat rempit masuk pukat Polis Trafik di Lebuhraya BORR
Baca Artikel Menarik:
- Tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang
- Doa, solat tahajud setahun untuk lihat anak berubah dimakbulkan Allah SWT
- Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih
- Peruntukan Sabah: Semasa ada kuasa dulu, kamu diam
- Jazlan sedia letak jawatan
- Gaji enam ketua negeri lebih tinggi dari PM
- Kemelut Undang Luak Rembau: Gelaran Abdul Razak sebagai Dato’ Perba dilucutkan
- KLCC jadi 3 menara
- MB Kelantan tepis soalan gaji tinggi berbanding KDNK negeri
- Ringgit terkuat di Asia: Anwar ‘sound’ Malaysiakini
- Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh
- Kemalangan ngeri acara keirin wanita Olimpik
- Pondan bawa ke mahkamah – Takiyuddin
- Doktor palsu berumur 14 tahun yang menyamar akhirnya ditangkap di Hospital Serdang
- MTUC terkejut gaji CEO bank cecah jutaan ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Doktor masak, pramugari hidang
You must be logged in to post a comment.