PAS ‘jadi abang besar’, ahli Bersatu sepakat protes

Tindakan sebahagian ketua cawangan dan Wanita Bersatu Gua Musang serta Jeli bersama lebih 1,000 ahli keluar parti jelas menunjukkan ‘pemberontakan’ dalaman sedang berlaku di peringkat akar umbi susulan pemilihan Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon PRK Nenggiri, kata penganalisis.

Dua hari sebelum pengumuman calon dibuat, Rizwadi, bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang menyertai Bersatu bagi membolehkannya bertanding mewakili parti itu.

Menurut Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan, penjelasan pimpinan Perikatan Nasional (PN) mengenai perkara itu juga menunjukkan seolah-olah PAS ‘menentukan segalanya’, merujuk kenyataan Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan dalam ceramah di Kampung Bertam Lama, Gua Musang, bahawa pemilihan Rizwadi ‘kerana Bersatu kurang anak lelaki’.



“Ia membabitkan moral ahli Bersatu di mana mereka tahu bahawa apa jua yang terjadi, kemenangan kepada calon Bersatu sebenarnya memberi kekuatan kepada PAS dan menunjukkan PAS dalam PN boleh buat sesuka hati mereka.

Free Malaysia Today
Azmi Hassan.

Inilah masalah besar dihadapi Bersatu,

 katanya kepada FMT, mengulas perkembangan terbaru lebih 1,000 ahli Bersatu Gua Musang dan Jeli termasuk ketua cawangan serta Wanita umum keluar parti, awal minggu ini.

Jurucakap Bersatu Jeli, Rodzi Muhammad, yang juga bekas timbalan ketua cawangan Kedai Kuala Balah ketika mengumumkan perkara itu berkata akar umbi rasa tercabar dan seolah-olah Bersatu ‘digula-gulakan’ oleh PAS dalam menentukan calon PRK Nenggiri.



Untuk rekod kerusi Nenggiri dimenangi Bersatu pada PRN tahun lalu melalui calonnya, Mohd Azizi Abu Naim yang berpaling tadah menyokong kerajaan Anwar Ibrahim.

Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia turut bersetuju wujud ‘jurang besar antara Bersatu dan PAS’ bukan saja di Nenggiri, bahkan di peringkat negeri dan pusat.

Walaupun Bersatu mengetuai PN, tetapi secara de facto PAS memang ‘abang besar’ dalam gabungan ini,

 katanya merujuk isu sumbangan syarikat arak kepada sekolah Cina yang melihatkan ‘kata dua’ PAS terhadap rakan dalam gabungannya, Gerakan.



Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS dan Gerakan saling berbalas kenyataan berhubung isu sumbangan syarikat arak kepada sekolah Cina sehingga pemimpin Gerakan mengugut mahu keluar gabungan pembangkang itu.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah kemudian berkata PAS tiada halangan jika Gerakan ambil keputusan keluar PN, menyatakan setiap parti ada hak serta pendirian.

Mengulas lanjut, Lau bagaimanapun menjangkakan tindakan ahli Bersatu keluar parti tidak menjejaskan gerak kerja PN di Nenggiri kerana hakikatnya pertembungan di kerusi itu hanya berkisar kekuatan ‘Umno dan PAS’.

Keluar beramai-ramai tak bagi impak besar kepada (PN) di Nenggiri kerana ia hanya antara PAS dan Umno, jurang antara PAS dan Bersatu terlalu besar cuma ia tak cantik dilihat,



 katanya.

Azmi pula berpandangan taktik keluar parti hanya percaturan psikologi menjelang PRK, yang lazimnya berlaku pada musim pilihan raya.

Hakikatnya, kemenangan calon Bersatu pada PRN lepas kerana sokongan ahli PAS, dan Bersatu tidaklah sekuat mana nak dibandingkan dengan PAS dan Umno,

 katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor masak, pramugari hidang



Mamat enggan cari gaduh dengan Jep

Oh My English satu sumpahan – Zain

Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker