Misi pecut Azizulhasni terhenti disuku akhir

PARIS: Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menamatkan saingan acara pecut Olimpik Paris di pusingan repechage 1/18.

Pada pusingan 1/18 yang berlangsung di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines, Azizulhasni tewas kepada Jeffrey Hoogland dari Belanda dan terpaksa mengharungi pusingan repechage.

Dalam perlumbaan pertama 1/18, Harrie Lavreysen dari Belanda mengesahkan tempat di suku akhir selepas menewaskan pelumba Jepun, Yuta Obara.



Pelumba Australia, Matthew Richardson turut mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya selepas mengatasi Mateusz Rudyk dari Poland

Hamish Turnbull dari Great Britain, Kaiya Ota (Jepun), dan Jack Carlin juga layak ke suku akhir selepas memenangi perlumbaan masing-masing.

Pada perlumbaan repechage pertama, Obara menewaskan Leigh Hoffman (Australia) dan Nicholas Paul (Trinidad and Tobago) untuk mara ke suku akhir.

Di perlumbaan kedua pula, Rudyk berjaya menewaskan Yakovlev dan Azizulhasni untuk menyertai tujuh pelumba lain di suku akhir.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat



Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker