Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’

Menteri Pertanian Indonesia, Andi Amran Sulaiman mengundang perhatian pengguna media sosial selepas dirakam tumpang motosikal untuk pergi ke sebuah mesyuarat rasmi, lapor program berita Liputan6 semalam.

Menurut laporan, Andi bertindak demikian selepas beliau terkandas dalam kesesakan lalu lintas yang teruk ketika dalam perjalanan ke Istana Presiden di Jakarta semalam.

Beliau pada awalnya dikatakan menaiki kenderaan rasmi yang turut diiringi oleh pasukan polis pengawal.

Namun, kesesakan jalan raya amat teruk sehinggakan kenderaan langsung tidak dapat bergerak di kedua-dua arah.

Disebabkan mahu menepati waktu, menteri itu memilih untuk menaiki motosikal yang ditunggang oleh salah seorang anggota polis.

Menurut laporan, ia bukan pertama kali Andi membonceng motosikal ketika bertugas, malah beliau pernah berjalan kaki semasa menghadiri urusan rasmi.

Andi dikenali sebagai seorang pemimpin yang sentiasa memberi contoh baik kepada pegawai-pegawai bawahannya terutamanya melibatkan disiplin waktu. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker