Umno Kluang akan pertahan DUN Mahkota
Tuntutan Amanah Kluang itu tidak akan menjejaskan hubungan antara dua parti.
Umno Kluang akan pertahan DUN Mahkota
Umno Kluang akan mempertahankan DUN Mahkota yang kini dituntut Amanah kerana ia adalah kerusi tradisi Umno.
Timbalan Ketua Umno Kluang, Zainal Mohamed berkata Amanah juga tidak boleh menganggap DUN Mahkota milik parti itu kerana hanya pernah dimenanginya pada PRU14 lalu.
“Itu kerusi tradisi Umno. Kami akan pertahankan sebab kita sudah ambil balik (menang) pada (PRN) 2022.
Dia (Amanah Kluang) tak boleh beranggapan kerusi itu dia punya, katanya.
Zainal membalas kenyataan Ketua Amanah Kluang Zuhan Zain dalam satu sidang media yang menuntut parti itu untuk diberi laluan bertanding pada PRK DUN Mahkota yang akan diadakan nanti.
Kata Zuhan, tuntutan itu dibuat kerana kerusi itu pernah dimenangi Amanah pada PRU14 serta mendakwa Pakatan Harapan (PH) dipinggirkan dalam pentadbiran kerajaan Johor.
Kerusi DUN Mahkota diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu akibat pendarahan dalaman.
Dalam pada itu, Zainal berpandangan tuntutan Amanah Kluang itu tidak akan menjejaskan hubungan antara dua parti tersebut.
Saya rasa tak mungkin jejaskan kerana kerusi ini tradisi Umno. Masing-masing mempunyai hak untuk keluarkan kenyataan. Sebagai ahli parti pertahankan apa ada, katanya. FMT
Umno Kluang akan pertahan DUN Mahkota
Baca Artikel Menarik:
- Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’
- Aisha Retno tayang perut pulak dah
- Peminat tegur Bella Astillah ‘jual’ lutut lepas balik umrah
- Dua maut ketika merempit di Jalan Persiaran Raja Muda Musa
- Pemain bola sepak bawa senjata tajam ketika perlawanan diburu polis
- Kulit bersih, licin ketika mandikan jenazah Jay Jay
- Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia mesti berwaspada
- ‘Kemerdekaan kita tak lengkap tanpa pembebasan Palestin’ buat pemuda MCA sentap
- Ahli Bersatu kecewa ‘silap mata’ PAS
- Amanah Kluang gelojoh – Pemuda Umno Johor
- Tarik balik atau berdepan tindakan undang-undang
- Bunuh jiran kerana kerap tanya kenapa masih belum kahwin
- Kenapa kakak sanggup tukar ‘bin’ anaknya?
- Zahid pertimbang Umno Kota Raja minta kerusi tanding pilihan raya
- Siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin disekat Meta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dia tinggalkan saya macam tu sahaja
Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]
Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]
Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya