Suami bakar isteri hidup-hidup kerana curang

Seorang wanita dibakar hidup-hidup oleh suaminya selepas dia disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, lapor laman berita India Today.

Kejadian berlaku di wilayah Punjab, Pakistan pada 28 Julai lalu.

Suspek, Ali Raza, didakwa membunuh isterinya, Saba Iqbal yang berusia 19 tahun di Bahawalnagar, selepas dia mengesyaki wanita itu mempunyai teman lelaki.



Menurut polis, suspek dan mangsa berkahwin kira-kira lapan bulan lalu.

“Tidak lama selepas berkahwin, suspek mula mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.” kata polis.

Menurut bapa mangsa, suspek memberitahunya menerusi panggilan telefon pada 28 Julai lalu bahawa mangsa lari dari rumah selepas mereka bertengkar.

Mangsa kemudian gagal dikesan.



Polis berkata, pihaknya menemui mayat mangsa yang rentung di sebuah padang pada keesokan harinya.

Selepas ditahan, suspek mengaku memukul mangsa pada hari kejadian sebelum membakar wanita itu hidup-hidup dan membuang mayatnya di sebuah padang.

“Dalam pengakuannya, suspek mengaku membunuh mangsa selepas mendapat tahu dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain,” kata polis



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja



Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]



Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker