Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet

Atlet popular Paris 2024 itu adalah perenang dari Paraguay.

Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet

Paris: Salah seorang bintang paling popular di Sukan Olimpik Paris 2024 diusir keluar perkampungan rasmi atlet selepas didakwa mewujudkan ‘persekitaran yang tidak sesuai.’

Perenang Paraguay, Luana Alonso diusir selepas menyelinap keluar daripada perkampungan atlet untuk ke Disneyland.

Luana bertanding untuk Paraguay dalam acara 100m kuak kupu-kupu wanita tetapi gagal melepasi pusingan awal, menamatkan saingan di tempat keenam dengan masa 1:03.09s hujung minggu lalu.

Torri Huske dan Gretchen Walsh, mewakili Amerika Syarikat, kemudiannya meraih emas dan perak dalam acara itu dengan Zhang Yufei dari China menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada final hari Ahad lalu untuk meraih gangsa.

Walaupun Luana tidak menyertai mana-mana acara lain di kolam renang, dia memutuskan untuk terus menginap di perkampungan rasmi atlet di ibu kota Perancis selepas tuan rumah membenarkan atlet untuk tinggal sehingga majlis penutup.

Dia kemudiannya mengumumkan persaraan mengejutnya dari sukan itu pada usia hanya 20 tahun.

“Berenang: terima kasih kerana membenarkan saya bermimpi, anda mengajar saya untuk berjuang, mencuba, ketabahan, pengorbanan, disiplin dan banyak lagi,” tulis Luana yang mengumumkan persaraannya di laman Instagramnya dan mempunyai lebih daripada 500k pengikut.

“Saya memberikan sebahagian daripada hidup saya kepada anda dan saya tidak akan menukarkannya dengan apa-apa di dunia kerana saya sudah melalui pengalaman terbaik dalam hidup saya, anda memberikan saya ribuan kegembiraan, kawan-kawan dari negara lain yang akan saya bawa selamanya dalam hati saya, peluang yang unik.

“Ini bukan selamat tinggal, akan berjumpa anda tidak lama lagi.”

Walau bagaimanapun, pasukan Paraguay mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa Luana dikeluarkan dari tempat perkampungan atlet, hanya beberapa hari sebelum majlis penutupan.

“Kehadirannya mewujudkan suasana yang tidak sesuai dalam Pasukan Paraguay,” kata satu kenyataan daripada ketua misi COP, Larissa Schaerer.

“Kami mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mengikuti arahan, kerana ia adalah kehendaknya sendiri untuk tidak bermalam di kampung atlet.”

Selepas diusir dari perkampungan atlet, Luana dikatakan menuju ke Amerika Syarikat dengan remaja tersebut berkongsi video pendek di halaman Instagramnya menunjukkan dia memandu ke arah pemeriksaan sempadan.

Luana membuat penampilan pertamanya di Olimpik Tokyo tiga tahun lalu ketika berusia 17 tahun dan juga mewakili Paraguay di Kejohanan Akuatik Dunia dan Sukan Amerika Selatan, kedua-duanya diadakan pada tahun 2022. HM

Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker