Airmata Awie gugur ketika konsert, ‘Allah lebih sayangkan emak’

KUALA LUMPUR – Tidak mampu menahan sebak, air mata penyanyi Datuk Awie gugur ketika menyampaikan lagu Kasihnya Ibu yang didedikasikan kepada insan istimewa, Allahyarham Azizah Abdul Hamid pada Konsert Awie Journey, malam tadi.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 55, berkata, pemergian bonda tercinta pada 12 Disember 2014 masih meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam dirinya.

“Saat aku terkapai-kapai, doa emak meredakan segala gundah dan lara, namun Allah lebih menyayangi emak yang pergi tiga tahun selepas ayah meninggal dunia.

“Aku reda Ya Allah, tapi sakitnya cukup terasa. Tolonglah Ya Allah, ampuni kedua-dua orang tuaku. Menangislah air mata darah sekali pun, mereka tidak akan kembali. Hanya Kau tempatku memohon,” katanya penuh emosi.

Luahan vokalis band ikonik Wings yang merealisasikan konsert solo mega di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC) Kuala Lumpur itu turut meruntun jiwa kira-kira 3,000 penonton.

Tampil dengan vokal serta persembahan bertenaga, Awie nyata menonjolkan aksi luar biasa sepanjang lebih tiga jam mendominasi pentas mega tersebut.

Selain mendendangkan semula Kasihnya Ibu nyanyian asal Datuk Sharifah Aini, vokalis kesayangan ramai itu turut menyampaikan lebih 30 lagu dari awal pembabitan dalam industri muzik.

Antaranya adalah Musibah, Balada Pemuzik Jalanan, Peronda Jaket Biru, Ratuku, Ukiran Jiwa, Nurnilam Sari, Sayap Ilusi, Bara, Ingatkan Dia selain rangkuman medley iaitu Pedih, Iris, Tragedi Oktober, Baldu Biru dan Dibayang Awan.

Konsert Awie Journey adalah kupasan perjalanannya yang diterjemahkan mengikut turutan tahun dari 1985 (kecuali tahun 1987 hingga 1992) hingga sekarang dengan setiap fasa diselitkan cerita lalu.

Bahkan dalam temu bual sebelum ini, Awie yang sudah empat dekat berkecimpung di arena muzik bermula dengan Wings sekitar 1985 turut menyatakan Konsert Awie Journey juga merupakan konsert solo terakhirnya.

Begitupun, Awie mengakui tidak akan menolak jika ditawarkan mengadakan persembahan mega solo berkonsepkan lagu asli pada masa akan datang.

Terdahulu, pada 27 Julai lalu, ikon rock terbabit menjayakan Konsert Solitario Journey: The Final Encore di Singapura yang turut meraih sambutan hangat.

Hadir sama memberikan sokongan terhadapnya ialah anggota Wings lain serta penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker