Treler rempuh rumah, wanita maut

Treler rempuh rumah, wanita maut

Wanita maut bawah runtuhan selepas rumah didiami dirempuh sebuah treler terbabas, dalam kejadian di Kampung Ketapang Hilir, Pekan, Pahang, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.46 pagi melibatkan nahas treler membawa barangan pelbagai terbabas lalu melanggar rumah separuh kekal.



“Sebaik menerima panggilan itu, 16 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Pekan dan Peramu Jaya bergegas ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi kejadian, seorang wanita berada di bawah runtuhan sebelum operasi menyelamatkan digerakkan. Tiga mangsa yang cedera termasuk pemandu lori dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan, katanya menurut Berita Harian.

Ismail berkata, mangsa yang dilaporkan berada di bawah runtuhan itu ditemui berada di bawah hadapan lori.

Mangsa yang disahkan meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, katanya. FMT



Treler rempuh rumah, wanita maut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang



Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik



Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker