Penjawat awam perlu hentikan amalan beri ufti kepada Bos – EAIC
Penjawat awam perlu hentikan amalan beri ufti kepada Bos – EAIC
Pemberian hadiah, keraian, atau tajaan dalam program di perkhidmatan awam yang dianggap amalan hormat serta tanda penghargaan, dikhuatiri membuka ruang kepada tabiat memberi dan menerima rasuah.
Ufti merupakan amalan pada zaman dahulu, merujuk kepada pekerja bawahan mengeluarkan sumbangan termasuk berbentuk bayaran wang, emas, atau hadiah kepada pegawai lebih tinggi kedudukannya, sebagai tanda menghormati, mengiktiraf kekuatan, dan meminta perlindungan.
Meskipun sudah dalam era moden, amalan yang tak lapuk dek zaman itu didakwa masih berlaku dalam perkhidmatan awam, contohnya, majlis makan mewah dijadikan budaya menyambut tetamu yang turun padang, untuk melawat projek.
Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Ismail Bakar, berkata budaya menyambut program turun padang ketua jabatan atau pihak atasan dengan jamuan mewah, pemberian hadiah, atau menjalankan acara lain untuk meraikan harus dibuat secara telus, dikurangkan, atau lebih baik dihentikan.
Beliau mendedahkan terdapat aduan apabila kakitangan terpaksa menyediakan peruntukan untuk menyambut ‘tetamu’ yang turun padang contohnya jamuan makan malam, bermain golf, dan lain-lain.
Kalau tak ada peruntukan (maka) terpaksa minta penajaan. Kadang-kadang mungkin senang dapat penajaan, kadang-kadang susah atau terpaksa jumpa aktiviti ‘underground’ untuk menyumbang sebab ‘bos’ nak datang (kena) sediakan makan malam, hadiah yang besar mengikut gred, katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif.
Ismail berkata, amalan meraikan ketua jabatan sempena program turun padang dengan pemberian hadiah, jamuan mewah harus dihentikan termasuk menggunakan sumbangan dari kakitangan khususnya yang bergaji rendah.
Lawatan turun padang itu bagus, tapi meraikan ketua jabatan sempena turun padang dengan jamuan mewah dan guna sumbangan pegawai-pegawai. Tidak ada sesiapa yang ambil berat mengenainya yang akan menjurus kepada satu budaya turun-temurun yang tidak elok, katanya.
Tak payah beri sumbangan majlis perpisahan bos
Ismail berkata, lebih menyedihkan dan membebankan apabila kakitangan terpaksa menyediakan sumbangan untuk majlis perpisahan atau kenduri kahwin melibatkan pihak atasan.
Beliau berkata, situasi itu menyebabkan anak buah terpaksa meminta ‘kutipan’ daripada sumber luar yang mempunyai urusan dengan jabatan atau agensi untuk tajaan meja, khemah, dan lain-lain.
“Bos buat jamuan jemput semua (anak buah) tapi kalau terlampau kerap, rasa beban. Tidak cukup bagi makan, minta tolong kakitangan buat kutipan. Kalau tak ada buat (pegawai) mana yang ada kuasa dia akan minta mungkin sediakan tempat sewa, meja, dan makan.
“Lepas dah kenyang nak nyanyi. Siapa bayar tempat itu dan ada lesen atau tidak? Lesen operasi sepatutnya sampai 12 tengah malam, tetapi masih dibuka sehingga 1 pagi.
Sepatutnya kita dah maju ini dah 2024, tak perlu ada-ada itu (ufti). Kadang-kadang terpaksa beri hadiah yang tak sepatutnya. Kalau perkara ini tak dipandang serius di situ berlaku unsur pelanggaran integriti, katanya.
Oleh itu, Ismail berkata penjawat awam harus mengelakkan amalan itu dan patuh kepada ‘polisi tiada hadiah’ terutama ketua jabatan kena berwaspada, adakah hadiah itu akan memberi kesan menyukarkan mereka melaksanakan peraturan jabatan disebabkan hadiah tersebut. FMT
Penjawat awam perlu hentikan amalan beri ufti kepada Bos – EAIC
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama
You must be logged in to post a comment.