Dia tinggalkan saya macam tu sahaja
Dia tinggalkan saya macam tu sahaja (Video)
“Walaupun dia (mak) tahu saya ada, dia tinggalkan saya macam tu sahaja, dia tak kisah pasal saya,”. Demikianlah luahan seorang murid dikenali sebagai Faiz yang sangat merindui ibunya.
Video yang dikongsikan di TikTok @zack zawani mencetuskan suasana air mata sepanjang luahan kanak-kanak lelaki tersebut dalam satu sesi motivasi bersama murid sekolah lain.
Menurut murid itu, bapanya telah meninggal dunia dan ibunya pula mengabaikannya selepas berkahwin dengan suami baharu.
“Mak saya pergi sambung belajar lepas itu dia tak nak ambil saya, dia kahwin lain.
“Dia tinggalkan saya di rumah mak saudara, saya duduk kat situ selama 11 tahun.
“Saya tak tahu bila dia nak ambil saya walaupun dia tahu saya ada,” luah pelajar itu dengan juraian air mata.
Tangisan murid itu cuba diredakan dengan pelukan daripada jurulatih motivasi dan individu-individu lain dengan memberikan kata-kata semangat.
“Walau apa pun terjadi, awak kena jadi anak yang baik dan soleh. Mak awak dia tinggalkan awak mungkin ada sebab yang awak tak tahu. Nanti bila dah besar awak akan faham,” kata jurulatih itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai yang tersentuh hati dan meluahkan rasa sedih dengan kisah hidup Faiz.
“Tersedu-sedu Faiz menangis cerita kisah dia. Mesti hari-hari dia rasa diri dia kosong tanpa kasih sayang dari keluarga selepas arwah ayahnya meninggal. Allahuakbar. Sebak acik tengok. Acik pon nangis sama,” kata Bunga.
“Ya Allah rapuh hati acik dengar ucapan kamu dik, semoga kamu tumbuh membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat. Allahu tak kuat dengar kamu menangis,” komen Cikpooja.
Sumber: Kosmo Online
Dia tinggalkan saya macam tu sahaja (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama