Belut hidup dalam dubur pesakit dikeluarkan doktor

Belut hidup dalam dubur pesakit dikeluarkan doktor

HANOI – Sepasukan doktor di Vietnam mengeluarkan seekor belut hidup dari dalam dubur seorang lelaki selepas haiwan itu cuba membebaskan diri dengan menggigit usus besar pesakit, lapor portal berita MailOnline semalam.

Berdasarkan keputusan ujian X-ray pada 27 Julai lalu, doktor-doktor mendapati terdapat belut hidup sepanjang 63.5 sentimeter di dalam dubur pesakit dari India itu.



Haiwan itu cuba membebaskan dirinya dengan menggigit dinding usus besar pesakit.

Pasukan perubatan di Hospital Viet Duc, Hanoi terkejut kerana selain belut, mereka turut menemui sebiji lemon di dalam dubur lelaki berkenaan.

Pakar bedah terpaksa membedah perut pesakit untuk mengeluarkan belut itu dengan menggunakan forsep.

Timbalan Pengarah Hospital Viet Duc, Dr. Le Nhat Huy berkata, ia adalah kali pertama pasukannya mengeluarkan haiwan hidup daripada dubur pesakit meskipun pelbagai objek lain pernah dikeluarkan sebelum ini.



“Orang ramai tidak sepatutnya memasukkan haiwan ke dalam dubur mereka kerana akibatnya boleh menjadi teruk,” katanya. K Online

Belut hidup dalam dubur pesakit dikeluarkan doktor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker