Selamat Hari Pahlawan 2024
Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara
Selamat Hari Pahlawan 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara atas jasa, khidmat dan bakti mereka melindungi kedaulatan tanah air.
Turut berkenan menzahirkan penghargaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi ATM juga berkenan menzahirkan sanjungan tinggi terhadap pengorbanan wira negara yang menjaga keamanan dan ketenteraman tanpa mengira masa.
“Terima kasih para perwira negara. Jasa dan bakti anda akan sentiasa dikenang,” titah Seri Paduka Baginda berdua menerusi hantaran Facebook yang dimuat naik bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan hari ini.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong juga menzahirkan ucapan takziah kepada pahlawan dan perwira tanah air yang terkorban semasa bertugas.
“Semoga roh mereka yang beragama Islam sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” titah Seri Paduka Baginda. MG
Selamat Hari Pahlawan 2024
Baca Artikel Menarik:
- ‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’
- Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah
- Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan
- Jual aiskrim campur ubat batuk cap ibu dan anak, KKM beri amaran
- Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
- Before you buy electric car in Malaysia, read this
- Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu
- ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan
- Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis
- Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip
- Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang
- ‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
- Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu
- Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN
- Peniaga kosmetik diceraikan ketika ‘live’ di TikTok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu