Derma syarikat arak, Presiden Gerakan bidas Kerajaan Madani
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak seharusnya menyekat syarikat tertentu daripada menyumbang dana kepada sekolah sekiranya kerajaan tidak memperuntukkan dana yang mencukupi kepada semua jenis sekolah, kata Gerakan.
Presiden parti itu, Dominic Lau berkata, kerajaan harus faham perkara ini dan tidak menghalang tradisi mengumpul dana yang telah lama wujud di sekolah Cina.
“Dengan bantuan kerajaan yang terhad, (sekolah-sekolah ini) hanya bergantung kepada kegiatan mengumpul dana seperti jualan amal, jamuan makan malam amal, konsert dan persembahan untuk mendapatkan pembiayaan.
Ini tugas tambahan bagi guru-guru di SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina). Jika kutipan dana tidak dibenarkan, maka kerajaan harus memperuntukkan sepenuhnya dana yang diperlukan kepada sekolah-sekolah ini,
katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa pusat parti.
Kedua, Tiger Beer hanya menaja persembahan, bukan menjual bir pada majlis itu, dan tidak juga secara langsung menyediakan dana untuk sekolah. Semua dana yang diterima ialah sumbangan daripada dermawan dan alumni sekolah.
Tambahnya, logo Tiger Beer pada cek cura tidak akan mempengaruhi pelajar atau menyebabkan mereka menjadi peminum tegar.
(Usaha itu) semata-mata tanggungjawab sosial korporat di pihak syarikat.
Pada Isnin, KPM berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu, dan mengingatkan sekolah supaya mematuhi garis panduan dikeluarkan pada 2018, yang melarang penerimaan sumbangan hasil kegiatan-kegiatan seperti perjudian, serta penjualan tembakau, dadah dan arak.
Jurucakap kerajaan perpaduan Fahmi Fadzil kemudian berkata, KPM diarah menjelaskan sama ada sekolah Cina boleh menerima sumbangan daripada syarikat yang menjual arak, selepas perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Tiger Beer semalam menafikan memberi sumbangan kepada sekolah dengan berkata, peranannya dalam pengumpulan dana sekolah, yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini, hanya melibatkan persembahan artis tempatan di sebuah konsert.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh sebelum ini menegaskan, Tiger Beer, milik Heineken Malaysia Bhd, telah menganjurkan pengumpulan dana ini selama 30 tahun, mengurangkan beban kewangan kerajaan sambil membolehkan sekolah vernakular menaik taraf prasarana mereka.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ilya Senario berhenti melawak, jadi mutawif demi Allah
- Chow sekolahkan Sanusi
- MCA pertikai pakaian atlet Malaysia untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024
- Tajaan konsert amal, bukan untuk sumbangan kepada sekolah – Ahmad Zahid
- Kamala Harris desak Netanyahu bertindak
- Pengarah FBI tak pasti Trump cedera akibat peluru
- Ramai minat suami atau isteri orang – Zamarul
- Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah
- Politik kita dah tak rasional sejak dari dalam rumah – Habsah Hassan
- Zulfarhan mungkin masih hidup kalau…
- Anak tauke restoren yang hilang rupanya mati dibunuh
- Suhakam bantah hukuman mati pembunuh Zulfarhan
- Saya yang menurut perintah – Ramli
- Saya belum mati – Sathiya
- Bekas suami jadi saksi pernikahan jandanya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman
Nadiyah Shahab dikecam beri ‘pose maut’
You must be logged in to post a comment.