Saya pernah solat di gereja, bilik air – Nur Ain

Saya pernah solat di gereja, bilik air – Nur Ain

“Selepas memeluk Islam, saya sentiasa mencari jalan bagaimana untuk mengerjakan solat walaupun di dalam gereja.

“Ketika itu ada ahli keluarga saya yang menganut Kristian mengadakan majlis di gereja, disebabkan waktu solat sudah masuk, saya terpaksa mencari ruang agak sunyi di dalam gereja itu untuk bersolat,”.



Itu antara pengalaman Nur Ain Sumaiyah@ Sumitra Valaitham, 32, ketika berkongsi pengalaman mengenai cabaran beliau yang terpaksa menyorokkan dirinya sepanjang tujuh tahun memeluk Islam daripada keluarganya.

Nur Ain yang memeluk Islam ketika berusia 18 tahun, berkata walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran mengerjakan solat, bukan alasan untuk meninggalkannya.

“Tetapi saya percaya semuanya ada hikmah, ia tidak sedikit pun membuatkan saya ingin kembali ke agama asal, Hindu. Saya nampak itu adalah satu keindahan, walaupun ada cabaran tetapi yakin dengan pilihan saya.

“Saya solat kerana itulah menjadi kekuatan saya dan tahu Allah akan membantu dengan solat saya luahkan segala-galanya.



“Malah saya juga bersyukur mempunyai rakan dan pensyarah yang memahami. Jadi merekalah banyak menyokong ketika berada dalam keadaan sukar,” katanya yang menerima Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah Kategori Pendakwah, baru-baru ini.

Semalam, dilaporkan Nur Ain berdepan 1,000 pengalaman tidak dapat diungkap sepanjang menjadi mualaf dan mengharungi pelbagai ‘jalan cerita’ yang disusun oleh Allah sepanjang perjalanan tujuh tahun menyembunyi dirinya memeluk Islam daripada keluarganya.

Cari ilmu dan dalami Islam

Nur Ain dalam pada itu menasihatkan mualaf atau mereka yang bukan beragama Islam yang ingin memasuki agama ini untuk mencari ilmu dan mengenali Islam dengan lebih mendalam.



Orang masuk Islam atas pelbagai asbab, termasuk ingin berkahwin, disebabkan rakan dan mendapat hidayah.

“Yang boleh saya katakan pertama, mereka perlu mencari ilmu dan belajar mengenai Islam.

“Kedua, kena solat dan jaga solat. Tak boleh gunakan alasan mereka itu mualaf untuk tidak menunaikan solat,” katanya yang pada awalnya mendapat tentangan hebat daripada keluarganya dengan keputusannya memilih Islam.

Beliau menegaskan, menerusi solat individu dapat menjaga hubungan dengan Allah dan kena tahu apa penyebab utama seseorang itu masuk Islam.



“Fahami keluarga kita dan janganlah membenci mereka. Bagi mualaf yang dibuang keluarga, berikan masa, cuba santuni mereka.

“Teruskan berdoa kerana kita tahu, hati manusia Allah yang pegang dan berdoalah supaya keluarga menerima kita semula,” katanya yang mempunyai kekuatan memaklumkan kepada kedua-dua ibu bapanya memeluk Islam, pada 2017 lalu.

Tambahnya, sekiranya disindir mengenai Islam oleh mereka yang bukan beragama Islam, Nur Ain berkata tidak semua perkara perlu dilawan.

“Kalau kena sindir memang sakit, tapi tak semua kita perlu jawab. Ada perkara ambil masa, diam tidak bermakna kita kalah kerana satu hari nanti kita akan dapat buktikan segala persoalan mereka.



“Selain itu, mereka ini juga perlu dapatkan bantuan, kerana jika tidak berkemungkinan besar mereka mahu berpatah balik ke agama asal.

“Cari bantuan dengan manusia, kita dah bergantung pada Allah tetapi dalam masa sama Allah akan hadirkan manusia ini untuk bantu,” katanya berasal dari Perak. BH

Saya pernah solat di gereja, bilik air – Nur Ain

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker