Pemilik suara Nobita ‘Doraemon’ meninggal dunia

Pemilik suara Nobita ‘Doraemon’ meninggal dunia

TOKYO: Noriko Ohara, pemilik suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi dalam siri anime popular “Doraemon,” meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.

Ohara atau nama sebenarnya adalah Noriko Tobe telah menerima rawatan untuk satu penyakit, menurut laporan Jiji Press memetik agensinya.

Ohara yang berasal dari Tokyo meminjamkan suaranya bagi watak Nobita, seorang budak lelaki malas tetapi optimis yang dijaga oleh seekor kucing robotik daripada masa depan, Doraemon, selama 26 tahun bermula pada 1979.

Peranan ini memberi pengiktirafan kepadanya merentasi pelbagai generasi.

Ohara turut meminjamkan suara emasnya untuk pelbagai watak dalam anime lain termasuk budak lelaki lincah seperti Peter, pengembala kambing dalam “Heidi: Girl of the Alps,” dan Conan dalam “Future Boy Conan,” termasuk watak wanita menggoda seperti Doronjo, penjahat dalam “Yatterman,” dan Oyuki dalam “Urusei Yatsura.”

Selain itu, Ohara juga mengalih suara versi Jepun untuk pelakon Amerika, Shirley MacLaine dan pelakon Perancis, Catherine Deneuve dalam pelbagai filem. BH

Pemilik suara Nobita ‘Doraemon’ meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker