Ibu Zulfarhan minta bomoh itu bertaubat, datang minta maaf

Ibu Zulfarhan minta bomoh itu bertaubat, datang minta maaf

“Saya harap bomoh itu bertaubat dan kalau boleh dia datang jumpa dengan kami buat permohonan maaf”.

Demikian luah ibu Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain iaitu Hawza Osman, 61, kepada ‘bomoh’ yang juga bapa kepada salah seorang pelaku yang menyebabkan kematian anaknya tujuh tahun lalu.



Menerusi sebuah video di Instagram, Hawa berkata, beliau akui geram dan terkilan dengan apa yang telah dilakukan oleh bomoh tersebut.

“Kalau boleh saya memang berdoa biar bomoh itu pun diberi hukuman, maknanya badan dia itu juga ada kesan tekapan seterika. Biar dia rasa bagaimana anak saya rasa,” katanya.

Berdasarkan kronologi, Allahyarham telah dituduh mencuri sebuah komputer riba (laptop) apabila namanya disebut oleh seorang bomoh sebelum arwah dibuli dan dipukul sehingga mati.

Allahyarham bukan sahaja dipukul supaya mengaku mencuri komputer riba berkenaan malah turut ditekap menggunakan seterika wap dan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.



Sementara itu, Hawa berkata, umat islam tidak sepatutnya mengharapkan pertolongan bomoh semata-mata, sebaliknya meminta pertolongan kepada Allah SWT.

“Kalau boleh kita minta kepada Allah. Ada juga bomoh yang boleh dipercayai tapi bomoh ini dia kata dia sembahyang hajat menggunakan barang dan konon nama arwah tentera.

“Selama ini kata lah mereka pernah pergi ke bomoh. (Bomoh) ini hanya kata saudara atau orang terdekat sahaja. Tak ada cakap pun nama,” ujarnya.

Terdahulu, enam bekas penuntut UPNM yang sebelum ini dihukum penjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan, Putrajaya. K Online



Ibu Zulfarhan minta bomoh itu bertaubat, datang minta maaf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf



Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka



Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker