Dana syarikat arak: Pemuda MIC mahu KPM bertegas

Dana syarikat arak: Pemuda MIC mahu KPM bertegas

Pemuda MIC berharap kerajaan tidak akan berganjak daripada dasar semasa yang melarang syarikat arak memberi sumbangan dana mahupun melakukan aktiviti di sekolah.

Ketuanya, Arvind Krishnan, berkata Pemuda MIC menyokong ketegasan ditunjukkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang menegaskan tidak akan mengkaji semula kembali polisi tersebut.



Katanya semua sekolah perlu mengikuti panduan diberikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti terkandung dalam pekeliling yang dikeluarkan sebelum ini.

Tambahan pula, katanya ketetapan itu tidaklah terlalu sukar untuk dipatuhi bahkan tidak mendatangkan mudarat

“Maka Pemuda MIC menggesa kerajaan agar tidak berganjak daripada polisi tidak membenarkan syarikat arak memberi sumbangan dana mahupun melakukan aktiviti di sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Fadhlina dilaporkan menolak memberi pengecualian pematuhan garis panduan yang melarang sekolah menerima dana yang dijana daripada penjualan produk tembakau dan minuman beralkohol.



Menurut Fadhlina, walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun ia mesti mengikut garis panduan KPM.

“Jadi nasihat saya, patuhi garis panduan tersebut.

“Sekolah juga perlu memastikan bahawa tanggungjawab itu berada di peringkat pentadbir untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Dalam kenyataan sama hari ini, Arvind turut membidas Menteri Pengakutan yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, kerana mempertahankan sumbangan daripada syarikat bir berkenaan kepada sekolah vernakular.



“Lebih mengecewakan adalah kenyataan menteri pengangkutan yang mempertahankan sumbangan berkenaan, dan menyatakan ia tidak patut dijadikan isu kerana syarikat arak membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sejak puluhan tahun lalu.

“Malah beliau menyatakan akan memberi penjelasan mengenainya kepada kabinet.

“Dengan polisi dan tatacara berkenaan penerimaan sumbangan bagi institusi pendidikan adalah jelas, tindakan pemimpin kanan kerajaan bertaraf menteri mempertahankan tajaan syarikat arak berkenaan adalah tidak wajar,” katanya lagi. Mk

Dana syarikat arak: Pemuda MIC mahu KPM bertegas



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf



Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka



Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker