2 ditemui lemas dalam kejadian berasingan di Johor Bahru

2 ditemui lemas dalam kejadian berasingan di Johor Bahru

Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai ketika memancing, dalam kejadian di Kampung Sri Purnama, Tebrau, Johor Bahru petang semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Noor Azhan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.43 petang sebelum menggerakkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.

Katanya, mangsa, Dol Khadir Ibrahim, 68, kemudiannya berjaya ditemui pada 3.51 petang di kawasan tebing sungai, tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Pihak bomba menyerahkan mayat kepada pihak polis. Operasi SAR tamat pada 4.15 petang, katanya dalam satu kenyataan semalam, menurut Sinar Harian.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Tangkak, seorang pemuda ditemui lemas selepas terjatuh dalam kolam di Kampung Teratai, Sengkang.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Mohd Farizan Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 11.42 pagi.

Katanya, pihaknya menghantar lapan anggota bersama satu jentera FRT dan satu pacuan empat roda Hilux ke lokasi.

“Pihak bomba membuat pencarian dengan kaedah ‘surface searching’ menggunakan ‘grappling iron’.

Mangsa, Tay Liu Xin yang berusia 29 tahun ditemui pada 12.57 tengah hari. Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya. FMT

2 ditemui lemas dalam kejadian berasingan di Johor Bahru

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker