Aliff Teega dan isteri ditegur peguam kerana cerita pengalaman ditahan reman SPRM

Aliff Teega dan isteri ditegur peguam kerana cerita pengalaman ditahan reman SPRM

Seorang peguam menegur Aliff Teega dan Aisyah Hijanah yang dilihat bangga berkongsi pengalaman mereka berada di dalam tahanan reman.

Pasangan pempengaruh media sosial, Aliff Teega dan Aisyah Hijanah sudah pun dibebaskan daripada tahanan reman untuk siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini selepas pasangan pempengaruh itu didakwa dengan tuduhan penyelewengan dana sumbangan awam.

Aliff Teega dan Aisyah Hijanah berkongsi bahawa SPRM melayan mereka dengan sangat baik dan profesional sepanjang mereka ditahan reman. Dan pada masa yang sama mereka turut mendedahkan bahawa SPRM memberikan mereka tenpat berhawa dingin dan makanan yang sedap sedap.

Lantas, seorang peguam telah memberikan teguran bahawa kedua dua pasangan itu tidak seharusnya berkongsi tentang pengalaman tersebut atau berdiskusi secara langsung tentangnya.

Ini kerana tindakan mereka yang mendedahkan bahawa SPRM memberikan mereka bilik hawa dingin dan makanan yang sedap sedap akan menimbulkan persoalan bahawa pasangan yang disiasat atas kes jenayah itu dilayan dengan kelas VIP.

Peguam yang menggunakan nama Kak Ratu itu berkata: “Ini pandangan peribadi Kak Ratu sebagai seorang Peguam. Alif Teega dan Aisyah Hijanah sepatutnya zip mulut berkenaan layanan SPRM semasa direman.

“Tak perlu buat live dan berdiskusi mengenainya. Mungkin niat mereka berdua cuba untuk menunjukkan bahawa layanan SPRM adalah professional. Tetapi [sebenarnya] tidak ya, kenapa?

“Tanpa disedari kenyataan itu akan membuatkan orang lain berprasangka bahawa SPRM melayan Orang Yang Disyaki terlalu baik dan tidak tegas dalam membuat siasatan terutamanya kepada orang yang disyaki melakukan jenayah.

“Kalau dah dilayan seperti sahabat baik bahagia di dalam bilik berhawa dingin, makan makanan yang Pegawai SPRM makan, adakah bermaksud mereka dilayan seperti VVIP? Apa gunanya reman?

“So, bagaimana pula dengan OYDS yang pernah direman oleh SPRM sebelum ini dan tidak dilayan VVIP? Isu Ketidak adilan akan timbul dan imej SPRM akan terjejas kerana pilih bulu!

“If you have nothing good to say, stay silent. Hanya pendapat 20 sen saya.” Vc

Aliff Teega dan isteri ditegur peguam kerana cerita pengalaman ditahan reman SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abby Abadi dah macam anak dara

‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil

Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker