Biawak gergasi dalam atas siling rumah buat penghuni terkejut

Seorang penduduk di Indonesia terkejut apabila menemui seekor biawak gergasi bersembunyi di dalam bumbung rumahnya, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @andapribadi313, anggota-anggota bomba dan penyelamat (Damkar) dilihat menebuk lubang pada siling kediaman berkenaan.

Rakaman turut memaparkan ekor dan kaki biawak yang terjuntai dari lubang yang ditebuk.



Selepas berulang kali melakukan percubaan untuk menariknya keluar, biawak itu akhirnya jatuh ke lantai.

Anggota-anggota bomba kemudian menangkap reptilia tersebut.

Rakaman kejadian itu tular di media sosial dan mendapat 3 juta tontonan. Rata-rata, netizen terpegun dengan kepantasan dan kecekapan anggota Damkar.

“Saya lihat Damkar di Indonesia sama seperti polis di Jepun, jika dihubungi,  mereka akan bergegas ke lokasi dengan segera. Mantap damkar,” kata netizen. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abby Abadi dah macam anak dara



‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil



Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker