Prestasi kerajaan BN lebih baik sebelum 2018 – Presiden MCA
SANDAKAN: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan, Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod prestasi lebih baik berbanding kerajaan selepas tahun 2018.
“Projek Lebuh Raya Pan Borneo sudah (dilaksanakan) ketika (Perdana Menteri) Datuk Seri Mohd Najib Razak sekali gus ia menyediakan peluang pekerjaan.
“Satu lagi (dilaksanakan BN) iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai BSH (Bantuan Sara Hidup), BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), BKM (Bantuan Keluarga Malaysia ) dan kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
“Mereka kata ia ‘dedak’ tetapi pemberian tunai itu adalah salah satu jaringan keselamatan sosial untuk kesejahteraan rakyat,” katanya dalam ucapan pembukaan Himpunan BN Sabah dan Konvensyen BN Sabah sempena sambutan ulang tahun jubli emas BN ke-50 di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua di sini, hari ini.
Hadir sama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung, Datuk Seri Dr Zambry Kadir dan Bendahari BN, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Ketua BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Ka Siong menegaskan BN bukan sahaja sekadar memberi tumpuan dalam transformasi, malah turut memastikan kualiti hidup rakyat Sabah baik, supaya mereka boleh bekerja, hidup dan mempunyai aktiviti dengan lebih baik.
Katanya, apabila Sabah, Sarawak dan Malaya membentuk Malaysia pada 1963, ia bukanlah situasi yang mudah khususnya dalam meningkatkan taraf sosioekonomi secara adil dan saksama.
“Meskipun berdepan cabaran, BN sudah terbukti membawa pembangunan kepada negara,” katanya.
Ka Siong berkata BN juga akan terus belajar daripada pengalaman lalu dan akan merancang strategi supaya gabungan itu terus diyakini menang dan menguasai kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?
You must be logged in to post a comment.