UMNO tidak akan jadi kerajaan jika bertanding ‘solo’ dalam PRU16

SEREMBAN: UMNO perlu bersedia untuk menerima kekalahan sekiranya parti itu memilih untuk bergerak solo dalam pilihan raya.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias, sekali gus berkata mereka memerlukan kerjasama politik dengan parti lain untuk berjaya dalam setiap pilihan raya yang disertai.

“Bila hendak berjuang kita mesti berada dalam suasana sistem kerajaan yang mempunyai kuasa.

“Jika itu matlamatnya, semestinya kita harus mencipta gerak kerja secara berpasukan (kerjasama dengan parti lain) dan ini yang berlaku dalam Kerajaan Perpaduan negeri.

“Jika UMNO bergerak sebagai parti solo dalam menghadapi pilihan raya, kita akan kalah… apapun semua keputusan (sama ada bergerak solo atau bekerjasama dengan parti lain) tertakluk pertimbangan MKT,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seremban di Wisma UMNO di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tidak mustahil UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang hanya menang 30 kerusi Parlimen pada PRU-15 akan kembali kuat pada masa akan datang dan mampu bertanding secara solo pada PRU-16.

Dalam pada itu, Jalaluddin mengakui kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan hari ini baik di peringkat Persekutuan atau negeri perlu difahami rakyat bawahan dan bukannya hanya dalam kalangan pemimpin gabungan terbabit.

“Dalam konteks di Negeri Sembilan misalnya, kerjasama ini mesti sampai ke akar umbi. Memang hubungan dan persefahaman ini baharu dan sudah tentu wujud dua tiga perkara yang perlu kita baiki dan pertingkatkan.

“Tapi persefahaman ini tidak boleh dalam kalangan pemimpin saja, sebaliknya ia perlu dirasai dan dijiwai peringkat akar umbi,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan kemungkinan akan ada penambahan atau pengurangan kerusi yang akan ditandingi UMNO dan BN pada PRU16 atau Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kemungkinan juga akan ada pertukaran kerusi antara BN dan PH… untuk itu kali ini kita perlu berfikir di luar kotak bagi memastikan kita dapat memenangi lebih banyak pada PRU atau PRN akan datang,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abby Abadi dah macam anak dara

‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil

Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker