Tersangkut tali layang-layang punca helikopter terhempas
Dua warga Australia dan tiga rakyat Indonesia terselamat dalam insiden helikopter terhempas di Kuta Selatan dekat Badung, Bali, Indonesia, petang semalam.
Jakarta Post melaporkan nahas berlaku selepas helikopter itu tersangkut pada tali layang-layang.
Jurucakap agensi mencari dan menyelamat Denpasar, Nyoman Sidakarya, berkata helikopter itu berlepas dari Garuda Wisnu Kencana untuk meninjau sekitar Bali pada 2.33 petang tetapi dilaporkan terhempas lima minit kemudian di kampung Pecatu.
Juruterbang, anak kapal dan seorang penumpang yang semuanya warga Indonesia dan dua penumpang warga Australia cedera sebelum dikejarkan ke hospital.
“Semua mangsa terselamat dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” kata Sidakarya.
Menurut Agensi Berita Xinhua, dua individu mengalami kecederaan serius, manakala tiga lagi cedera ringan.
Sementara itu, jurucakap Direktorat Kanan Pengangkutan Udara dan Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu berlaku selepas helikopter itu terperangkap dalam tali layang-layang.
“Kami menerima laporan bahawa kemalangan helikopter jenis PK-WSP Bell 505 milik PT Whitesky Aviation di Kuta Selatan adalah disebabkan ia tersangkut dengan tali layang-layang,” kata Khusnu.
Menurut Khusnu, kementerian akan melaksanakan kempen lebih intensif mengenai bahaya layang-layang dan pemantauan melalui penyelarasan dengan pentadbiran Bali.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Abby Abadi dah macam anak dara