Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
Bukan setakat enam bulan, bahkan sepatutnya setahun – kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi, megulas mengenao penggantungan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dari parlimen semalam.
Kata Mohd Puad tindakan tegas yang dikenakan ke atas ahli parlimen Machang itu juga wajar menjadi pengajaran buat semua ahli parlimen.
Menurutnya, langkah menggantung ahli parlimen bukanlan perkara baru sebaliknya ramai yang pernah dikenakam tindakan sama sebelum ini.
“Penggantungan Wan Fayhsal selama enam bulan adalah tepat. Ia bukan baru. Ramai MP (ahli parlimen) dikenakan tindakan sama sebelumnya.
“Sepatutnya Wan Fayhsal digantung setahun sebagai pengajaran kepada semua MP. Jangan cemar kemuliaan parlimen hanya untuk jadi populis,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.
Semalam Wan Ahmad Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang parlimen selama enam bulan ekoran usul Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana berbahas dan berhujah menggunakan surat layang.
Surat itu terkait dakwaan ke atas penjawat awam dengan maklumat yang tidak disahkan.
Wan Fayhsal patut bersyukur
Usul menggantung Wan Ahmad Fayhsal dibawa sendiri oleh Menteri di JPM, Azalina Othman Said. Selepas undi belah bahagi dijalankan, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengumumkan penggantungan tersebut dengan 110 ahli parlimen memberikan sokongan, 63 menentang, manakala tiga berkecuali. Seramai 46 ahli parlimen pula tidak hadir.
Dalam usulnya, Azalina berkata Wan Ahmad Fayhsal mengaitkan seseorang sebagai dalang dalam isu pengambialihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Sebelum Azalina mengemukakan usul, beberapa ahli parlimen PN bangkit untuk membantah tindakan ahli parlimen Pengerang berkenaan sehingga menimbulkan kekecohan.
Johari bagaimanapun tidak memberi peluang keadaan menjadi tidak menentu, sebaliknya membuka ruang untuk pihak kerajaan dan pembangkang membahaskan usul tersebut.
Perbahasan berlangsung hampir satu jam sebelum proses undi belah bahagi dilakukan.
Mohd Puad berkata, isu Blackrock yang dibangkitkan ketua Pemuda Bersatu itu sememangnya penting kerana ia melibatkan isu kepentingan nasional.
Namun ujarnya, itu tidak bermakna Wan Ahmad Fayhsal boleh bertindak secara semberono dan “bebal”.
“Ahli parlimen mesti tahu batas. Apa yang berlaku membuktikan ramai ahli parlimen tidak tahu peraturan. Sebab itu cakap hentam keromo.
“Ada baiknya ahli parlimen diwajibkan menghadiri kursus mengenai peraturan tetap mesyuarat.
“Wan Fayhsal patut bersyukur, elaun parlimennya tidak disekat,” katanya.
Dalam perkembangan sama Pemuda PH pula berharap PN mengambil langkah perlu bagi mengelak kejadian seumpama semalam berulang lagi.
Ketua penerangannya, Ammar Atar, justeru menasihatkan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan Bersatu supaya mengadakan program khas bagi mendidik ahli parlimen mereka.
Katanya dengan cara itu setiap ahli parlimen terbabit akan lebih berintegriti dan tidak memfitnah sewaktu berbahas di Dewan Rakyat.
“Tindakan Wan Ahmad Fayhsal juga boleh dianggap sebagai menghina parlimen yang dinaungi oleh Majlis Raja-raja Melayu.
“Wan Fayhsal sepatutnya bersikap matang dan berintegriti dengan mendapatkan sumber yang sahih, bukannya bersandarkan surat layang dalam perbahasan,” katanya. Mk
Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
Baca Artikel Menarik:
- Umno hanya ada 2 pilihan – Salleh
- Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
- Kes pelakon tumbuk teman wanita dirujuk kepada pendakwa raya
- Habin Noor tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman mati
- Pan Gon beri alasan penguasaan bahasa tidak baik dalam perjumpaan dengan TMJ
- ‘Selipar Jepun’ berharga lebih RM5k di Arab Saudi
- Sadiq Jamil ‘langgar’ arahan Sarimah
- Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan – Abang
- Enam maut dalam bilik hotel
- Penyertaan Jailani tak beri nilai tambah PN tawan Melaka pun
- Nora Danish kekal berhijab sekarang
- Pemandu e-hailing hilang selepas hantar pelanggan ke Teluk Intan
- Tupai King durian ‘kayangan’ dijual pada harga RM1,000/a>
- ADUN Rembia dan PAS nak bodohkan siapa
- https://mykmu.net/2024/07/16/arwah-nur-farah-seorang-yang-ceria-rapat-dengan-abang-abangnya/
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon
You must be logged in to post a comment.