Puteri Dubai umum ceraikan suami melalui Instagram
Puteri Dubai umum ceraikan suami melalui Instagram
Sheikha Mahra bint Mohammed bin Rashid Al Maktoum, puteri Dubai, baru-baru ini mencetuskan kejutan di media sosial apabila ceraikan suami di laman media sosial, lapor BBC.
Dalam satu posting di akaun Instagram rasminya (@hhshmahra), beliau mengumumkan menceraikan suaminya, Sheikh Mana bin Mohammed bin Rashid bin Mana Al Maktoum
Posting tersebut, yang dimulakan dengan kata-kata “Dear Husband,” sambil menyambung, “Memandangkan anda sibuk dengan teman-teman lain, saya dengan ini mengisytiharkan perceraian kita.”
Sheikha Mahra juga menulis, “Saya menceraikan anda, saya menceraikan anda, dan saya menceraikan anda,” merujuk kepada amalan Islam yang dikenali sebagai talak tiga, di mana dengan mengucapkan “Saya menceraikan anda” tiga kali.
Post tersebut diakhiri dengan, “Jaga diri. Bekas isteri anda.”
Setakat ini, tiada komen rasmi daripada kerajaan UAE atau Sheikh Mana mengenai perkara ini.
Pengumuman perceraian ini datang lebih setahun selepas perkahwinan mereka pada April 2023, yang diadakan dengan meriah, dan dua bulan selepas kelahiran anak pertama mereka.
Pengguna Instagram dengan pantas berkumpul di ruangan komen dan memberi pelbagai reaksi, dengan beberapa orang menyatakan keraguan mengenai kandungan tersebut dan spekulasi bahawa akaun Sheikha Mahra mungkin telah digodam.
Bagaimanapun semua gambar Sheikh Mana telah dipadam dari akaun Sheikha Mahra, manakala akaun Sheikh Mana juga tidak lagi memaparkan gambar isterinya.
Sebahagian orang pula mendakwa bahawa Sheikha Mahra tidak mengikut hukum agama yang betul sambil menyatakan bahawa kuasa menjatuhkan talak terletak pada suami dan bukan isteri.
Setakat laporan ini ditulis, pihak keluarga pemerintah Dubai mahupun Sheikh Mana bin Mohammed belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Pasangan ini berkahwin pada satu majlis mewah pada Jun 2023 dan dianugerahkan seorang anak perempuan.
Sheikha Mahra binti Mohammed bin Rashid Al Maktoum, 30, adalah anak Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Bapanya juga memegang jawatan naib presiden dan perdana menteri Dubai.
Sheikh Mana bin Mohammed, 26, adalah seorang usahawan.
Seperti yang dilaporkan oleh Harper’s Bazaar Arabia, beliau telah menerajui beberapa syarikat dan usaha niaga komersial termasuk AlBarada Trading, Dubai Tech, GCI Real Estate Development Company dan MM Group of Companies. Vc
Puteri Dubai umum ceraikan suami melalui Instagram
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET