Pakaian rasmi Olimpik Mongolia mendapat tempat pertama

Busana dihiasi sulaman, dijahit 20 jam sehelai untuk digayakan atlet Mongolia ke Sukan Olimpik.

Pakaian rasmi Olimpik Mongolia mendapat tempat pertama

Setiap kali temasya Olimpik bermula, pakaian rasmi kontinjen setiap negara akan menjadi perhatian ketika majlis pembukaan.

Di Olimpik Paris, atlet-atlet dari seluruh negara tidak akan berarak masuk ke dalam stadium untuk majlis pembukaan, sebaliknya mereka akan menelusuri Sungai Seine di Paris.

Akhbar Singapura, The Straits Times membuat penilaian pakaian rasmi Sukan Olimpik 2024 bagi setiap negara dan berikut adalah keputusannya.



Pingat emas: Mongolia

Mongolia menampilkan rekaan paling menarik dengan pelbagai motif, seperti bulatan dan obor Olimpik, diiringi bentuk awan dan pergunungan negara itu.

Rata-rata netizen memuji rekaan pakaian rasmi Mongolia dengan salah seorang di laman X berkata: “Ini adalah uniform Olimpik paling cantik pernah dibuat.”



Pakaian rasmi Mongolia direka oleh Michel & Amazonka.

Pingat perak: Kanada

Jaket dan seluar pendek pakaian rasmi Olimpik kontinjen Kanada diperbuat daripada fabrik serap peluh yang menampilkan motif seni, alam semulajadi dan seni bina di Kanada.



Ia adalah rekaan jenama pakaian terkenal Kanada, Lululemon.

Pingat gangsa: Haiti

Pereka Haiti-Itali, Stella Jean menerapkan lukisan Philippe Dodard dari Haiti bertajuk Passage dalam rekaannya.



Finalis: Republik Czech

Hasil rekaan jenama pakaian sukan Alpine Pro, uniform rasmi Republik Czech mengundang persepsi berbeza peminat.

Ia sedikit unik berbanding pakaian-pakaian rasmi Olimpik sebelum ini, tetapi boleh dianggap segar untuk generasi muda.



Gagal di separuh akhir: Perancis

Sebahagian pengguna TikTok merasakan pakaian kontinjen Perancis menyamai uniform kru kabin penerbangan.

Ia adalah rekaan jenama Perancis, Berluti yang terkenal dengan tali pinggang dan pakaian lelaki.



Pakaian untuk atlet lelaki tampak lebih kemas dan klasik, tetapi bagi atlet wanita, seakan mereka kehabisan kain untuk menambah lengan baju.

Harimau bangkit: Malaysia

Selepas majlis memperkenalkan uniform Olimpik awal mereka dikecam hebat, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tampil dengan rekaan baharu yang lebih meyakinkan menerusi pengeluar rasmi Yonex Sunrise.

Tema Harimau Malaya dikekal dalam rekaan baharu dan tampak lebih kemas serta garang berbanding yang terdahulu.

Namun Malaysia dilaporkan akan memperkenalkan rekaan terkini pada Rabu ini hasil ciptaan Rizman Ruzaini.

Tidak layak: Amerika Syarikat

Pakaian rasmi kontinjen Olimpik Amerika Syarikat (AS) dilihat seperti poster propaganda perang Uncle Sam, tanpa topi tinggi.

Sepatutnya jenama Ralph Lauren mampu memikat hati sesiapa sahaja di mana-mana majlis anugerah sukan mahupun hiburan.

Namun kali ini pakaian untuk kontinjen AS kelihatan seperti mereka kanak-kanak sekolah yang tersesat ke ladang kuda.

Tiada perubahan: Singapura

Dalam beberapa edisi Olimpik lalu, termasuk Tokyo 2020, kontinjen Singapura tidak terlepas daripada jaket merah dan seluar panjang berwarna cerah.

Hanya aksesori seperti skaf dan tali leher membezakan pakaian rasmi Singapura dalam beberapa edisi berkenaan.

Untuk Olimpik Paris, pakaian rasmi Singapura direka oleh Esther Tay dan studionya, Esta. BH

Pakaian rasmi Olimpik Mongolia mendapat tempat pertama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abby Abadi dah macam anak dara

‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil

Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker