Gangguan IT sedunia, KLIA2 dan KTMB terjejas
Gangguan IT sedunia, KLIA2 dan KTMB terjejas
Gangguan sistem komputer global di seluruh dunia hari ni turut menjejaskan beberapa perkhidmatan utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 setakat petang tadi.
Menerut tinjauan di media sosial, seluruh kaunter kelihatan sesak kerana pendaftaran penerbangan harus dibuat secara manual kerana sistem mengalami gangguan teknikal.
Difahamkan, para penumpang yang masih belum ada pas masuk wajib beratur di kaunter untuk melakukan pendaftaran manual.
Menurut seorang pengguna yang sedang berada di KLIA 2, semua penumpang yang mempunyai penerbangan pada petang atau malam dinasihatkan untuk datang awal.
“Hampir 10 tahun ‘traveling’ bawa kumpulan, tak pernah lagi nampak penumpang di KLIA Terminal 2 seramai ini.
“Memang penuh orang tengah beratur dekat setiap kaunter bagi penerbangan domestik mahupun antarabangsa untuk daftar masuk. Mana ada penerbangan terdekat ni, sila datang awal ya. Kiosk memang ‘offline’,” ciap Syahrul Azlan.
Bagaimanapun, setakat ini, Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dalam kenyataannya melaporkan semua perkhidmatan lapangan terbang kelolaannya tidak terjejas dengan gangguan teknikal CrowdStrike ketika ini.
Dalam pada itu, tiket aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan semua saluran aduan Pusat Khidmat Pelanggan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut mengalami gangguan teknikal akibat ‘Crowdstrike’ Microsoft Windows.
KTMB dalam kenyataannya memaklumkan, kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan.
“KTMB memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Terima kasih atas perhatian anda,” ujarnya ringkas.
Gangguan besar-besaran mengakibatkan kerosakan pada sistem komputer global hari ini berpunca daripada Sistem Antivirus CrowdStrike di bawah Microsoft.
Difahamkan sistem tersebut sedang membuat perubahan keselamatan namun perkhidmatan terus mengalami gangguan kerana kesilapan teknikal.
Banyak syarikat penerbangan utama AS termasuk Delta, United dan American Airlines menghentikan semua penerbangan hari ini kerana ‘masalah komunikasi’, demikian menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.
Semua lapangan terbang di Sepanyol mengalami ‘gangguan’ teknologi maklumat (IT) yang melanda banyak syarikat di seluruh dunia pada hari ini, kata pengendali lapangan terbang Aena.
Lapangan terbang Hong Kong juga berkata, beberapa syarikat penerbangan telah terjejas, manakala pihak berkuasa mengaitkan masalah itu dengan gangguan terhadap Microsoft. K Online
Gangguan IT sedunia, KLIA2 dan KTMB terjejas
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.