Wan Fayhsal digantung parlimen 6 bulan
Wan Fayhsal digantung parlimen 6 bulan
Anggota parlimen Machang daripada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung parlimen selama enam bulan.
Penggantungan itu dibuat susulan usul Jabatan Perdana Menteri (JPM) supaya dia digantung kerana membangkitkan surat layang ketika perbahasan, berkaitan dakwaan ke atas penjawat awam dengan maklumat yang tidak disahkan.
Mengikut usul berkenaan, Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.
Menurut usul terbabit, perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.
“Dalam perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak boleh menyebut kelakuan atau sifat siapa-siapa pegawai kerajaan selain kelakuan pada menjalankan urusannya sebagai pegawai kerajaan.
Dakwaan Machang adalah satu perbuatan seolah-olah menjatuhkan martabat pegawai-pegawai agensi di bawah kementerian yang telah bertungkus lumus dalam membantu anggota pentadbiran dalam membangunkan Malaysia, menurut usul itu.
Keputusan itu dibuat setelah usul itu lulus dengan undian 110 anggota parlimen.
Wan Fayhsal digantung parlimen 6 bulan
Baca Artikel Menarik:
- Umno hanya ada 2 pilihan – Salleh
- Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
- Kes pelakon tumbuk teman wanita dirujuk kepada pendakwa raya
- Habin Noor tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman mati
- Pan Gon beri alasan penguasaan bahasa tidak baik dalam perjumpaan dengan TMJ
- ‘Selipar Jepun’ berharga lebih RM5k di Arab Saudi
- Sadiq Jamil ‘langgar’ arahan Sarimah
- Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan – Abang
- Enam maut dalam bilik hotel
- Penyertaan Jailani tak beri nilai tambah PN tawan Melaka pun
- Nora Danish kekal berhijab sekarang
- Pemandu e-hailing hilang selepas hantar pelanggan ke Teluk Intan
- Tupai King durian ‘kayangan’ dijual pada harga RM1,000/a>
- ADUN Rembia dan PAS nak bodohkan siapa
- https://mykmu.net/2024/07/16/arwah-nur-farah-seorang-yang-ceria-rapat-dengan-abang-abangnya/
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon
Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ
You must be logged in to post a comment.