Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit

Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit

HULU SELANGOR: Telefon pintar dipercayai milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, ditemui di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, sebentar tadi.

Peranti itu ditemui anggota Unit Sub Akuatik Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor jam 12.21 tengah hari, selepas satu jam menyelam.



Pada masa sama, polis turut membawa suspek berusia 26 tahun ke lokasi kejadian untuk proses pengecaman telefon pintar milik Nur Farah Kartini.

Ketika ini, proses mencari bahan bukti lain masih dijalankan.

Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang, pada Isnin lalu.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.



Polis Perak mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek kemudian direman selama tujuh hari hingga 22 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. BH

Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain

Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas



Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga

Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker