Pan Gon cuba berselindung – Netizen

Pan Gon cuba berselindung – Netizen

Penjelasan bekas pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon mengenai kenyataan ‘sangat bahaya’ ketika menjelaskan punca dia meletak jawatan semalam menimbulkan lebih banyak persoalan dan kekeliruan.

Menerusi tinjauan di laman Facebook BH Online, kebanyakan penyokong menyifatkan Pan Gon seakan berselindung sekali gus mengharapkan pengendali dari Korea Selatan itu dapat berterus terang mengenai situasi terbabit.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh bahawa mereka ‘faham’ mengapa Pan Gon membuat penjelasan seperti itu dan ada yang bergurau untuk memberi tunjuk ajar dalam bahasa Inggeris kepada Pan Gon.

Nia Firdani menulis ‘KPG nie kelakar la..xpe, netizen faham..iyerkan je la..’ manakala Muhammad Faiz berkata ‘hahahaha lepas jumpa terus jadi jawapan lain’ sementara Mahmudputeh Whitemud menyatakan ‘good cornering’.

AzliAnis AizatAiman meninggalkan komen ‘keliaaa..dia p jumpa guru bahasa Inggereh smlm baru dia sedaq..mantap guru tersebut’ dan Arief Mazlan berkata ‘ada kelas Bahasa Inggeris kat st regis rupanya.’

Affan Irfan pula berkata ‘dont worry coach, we understand it very clear hahahaha’ manakala Azim Shamsudin menulis ‘kalau perlukan bantuan, kenyit mata 3 kali coach, thank you.’

Bro Rahmat Hamdan berkata ‘kami memahaminya – netizen’ dan Syujaei Razak menulis ‘skills ni kami rakyat Malaysia dah masak coach.’

Terdahulu, menerusi satu perkongsian di laman platform X RimauXI, Pan Gon mendedahkan maksud sebenar kenyataan ‘sangat bahaya’ itu yang mengundang pelbagai persepsi buruk dan menimbulkan tanda tanya khususnya dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Pengguna platform X RimauXI itu yang turut menghadiri sesi perbincangan antara Pan Gon dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, ia disebabkan penguasaan bahasa Inggeris Pan Gon tidak begitu baik.

“Apabila ditanya apa yang beliau maksudkan dengan “very danger”, jawapan beliau sendiri ialah penguasaan bahasa Inggeris beliau tidaklah baik.

“Namun ada perkara-perkara yang perlu dikaji untuk strategic plan (pelan strategik) dan ini bukan untuk dibincangkan secara terbuka di hadapan media,” kata pengguna platform X itu.

Terdahulu, Pada sidang media khas di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam, jurulatih dari Korea Selatan itu seolah merahsiakan perkara sebenar di sebalik keputusan melepaskan jawatan sebagai pengendali skuad Harimau Malaya.

Kata Pan Gon, beliau tidak boleh berkongsi perkara sebenar kerana ia dianggap ‘bahaya’ dan ia hanya diketahui oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Kenyataan itu menarik perhatian Tunku Mahkota Ismail yang mahukan Pan-gon menerangkan lebih terperinci apa yang dimaksudnya bahaya itu.

“Apa susah. Pergi tanya dia (Kim Pan-gon) beramai ramai apa yang dia maksudkan “dangerous”. Penyokong, Ahli politik dan pihak media.

“Tanya dia apa maksud dia “dangerous.” Nyatakan dengan lebih spesifik. Takut kena tembak? takut kena culik? Kena sepak? Terus terang!”.”@RimauXI Awak dulu pernah datang rumah saya, ada kena belasah? Bawa carta berkenaan konspirasi dalam FAM. Tapi bila saya minta bukti, awak bagitau ini semua teori sahaja. Jadi ini semua lagi satu ciptaan konspirasi teori,” tulis Tunku Ismail. BH

Pan Gon cuba berselindung – Netizen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker