Faisal tangisi pemergian Pan Gon

Faisal tangisi pemergian Pan Gon

Keputusan Kim Pan Gon meletakkan jawatan sebagai pengendali skuad Harimau Malaya jelas memberi kesan kepada pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim.

Faisal menyifatkan keputusan Pan Gon itu sebagai satu khabar yang mendukacitakan namun dia tetap memberi sokongan kepada pengendali dari Korea Selatan itu dalam apa juga kerjayanya selepas ini.

“Berita yang sangat sedih. Saya masih ingat yang jurulatih datang ke hospital dua bulan lalu dan memberikan sokongan serta kekuatan kepada saya.

“Jurulatih katakan pada saya ‘Faisal, saya mahu lihat awak kembali dengan lebih kuat bersama skuad kebangsaan!’. Saya akan terus memberi sokongan kepada anda dan saya percaya anda akan kembali dengan lebih kuat.

“Terima kasih atas segalanya,” katanya menerusi laman Instagramnya, hari ini.

Terdahulu, Pan Gon sah meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta-merta menerusi satu pengumuman yang dilakukannya di Wisma FAM, petang tadi.

Tempat Pan Gon diisi pembantu jurulatih, Pau Marti Vicente sebagai pemangku ketua jurulatih dibantu seorang lagi pembantu jurulatih, E Elavarasan.

Sebagai rekod, kali terakhir Faisal bermain di bawah kendalian Pan Gon adalah pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berdepan Oman, Mac lalu.

Faisal terlepas aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 berdepan Kyrgyzstan dan Taiwan, bulan lalu selepas mengalami kecederaan lecur tahap empat susulan disimbah asid. BH

Faisal tangisi pemergian Pan Gon

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain

Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas

Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga

Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker